KOTA BHARU: Pelantikan kontraktor untuk projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2 dan 3 dijangka dapat dibuat pada November ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 dan 3 merupakan tindakan jangka panjang pembinaan infrastruktur perlindungan banjir bagi kawasan lembangan Sungai Golok.
"PLSB Sungai Golok Fasa 2 akan memberi tumpuan kepada kawasan di sepanjang Sungai Golok khususnya Rantau Panjang dan kawasan penempatan di sebelah kiri Sungai Lanchang Lemal.
"Fasa 3 pula akan melengkapkan keseluruhan sistem tebatan banjir bagi lembangan Sungai Golok," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nik Nazmi berkata secara keseluruhannya, pelaksanaan Projek PLSB Sungai Golok Fasa 1, 2 dan 3 melibatkan peruntukan berjumlah lebih RM2 bilion dan dijangka melindungi 31,000 penduduk dan kawasan seluas 66,000 hektar daripada banjir.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan peruntukan berjumlah RM656 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 13 Ogos ini.
"Fasa 1 melibatkan empat skop utama iaitu pembinaan Ban Banjir Sungai Golok (26.2 km), Ban Banjir Sungai Lanchang Lemal (19.84 km), Kuala Jambu Outlet Gate dan Ban Sungai Mentua.
"Projek ini dijangka dapat mengurangkan risiko banjir dengan pembinaan infrastruktur tebatan banjir, di samping mengekalkan kedalaman minimum laluan pelayaran sedalam tiga meter di muara Sungai Golok bagi tujuan laluan bot dan perlindungan muara Sungai Golok daripada risiko banjir pantai," katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata kerajaan Persekutuan telah mengambil tindakan proaktif jangka pendek melalui pelarasan di Kampung Tersang di Rantau Panjang dengan pembinaan struktur alur limpah.
"Struktur ini berfungsi untuk mempercepat saliran dalaman bagi mengurangkan risiko banjir dan ia dijangka siap pada bulan ini (Ogos)," katanya.
Pada Sabtu, Bernama melaporkan penduduk di sekitar Kampung Tersang yang sering terjejas akibat banjir melahirkan rasa syukur atas tindakan pantas Kerajaan Perpaduan yang meluluskan pembinaan struktur alur limpah pada benteng projek PLSB Sungai Golok di Pengkalan Teluk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Nik Nazmi berkata, projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 dan 3 merupakan tindakan jangka panjang pembinaan infrastruktur perlindungan banjir bagi kawasan lembangan Sungai Golok. - Gambar fail/BERNAMA
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.

Pelantikan kontraktok PLSB Sungai Golok Fasa 2, 3 dibuat November - Nik Nazmi
Pelantikan kontraktor untuk projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2 dan 3 dijangka dapat dibuat pada November ini.

Pahang giat laksana projek tebatan banjir, babit peruntukan RM501 juta
Bagi daerah Kuantan, ia melibatkan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej Satu iaitu menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegahan banjir.