KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu yakin pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Feb ini, mampu menyelesaikan pelbagai masalah bekalan air dihadapi negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Hanafiah Mat berkata pihaknya dan operator bekalan air negeri iaitu Syarikat Air Terengganu (SATU), akan memanfaatkan kenaikan tersebut untuk kerja penggantian paip lama, selain membangunkan beberapa loji rawatan air yang baharu.
"Insya-Allah perkhidmatan air di Terengganu akan bertambah baik selepas ini dan saya kira kenaikan ini juga tidak terlalu membebankan pengguna domestik negeri ini," katanya ketika dihubungi semalam.
Terbaharu, pada 1 Jan lepas, SATU memaklumkan 2,670 akaun pengguna di 11 kampung sekitar Kuala Besut, mengalami masalah bekalan air tidak berjadual yang dijangka berlarutan selama 21 hari susulan gangguan bekalan membabitkan Tangki Air Bukit Keluang, akibat kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut.
Hasil semakan di portal SATU juga mendapati, sebanyak 47 notis gangguan bekalan air dikeluarkan syarikat air itu untuk bulan ini sahaja, setakat semalam.
Dalam pada itu, Hanafiah berkata walaupun SATU tidak pernah membuat permohonan kadar tarif baharu kepada pihak kementerian atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), namun operator yang dikorporatkan pada 1999 itu pernah berhasrat mengemukakan permohonan pelarasan kadar tarif yang holistik, selepas 25 tahun.
"Ia bertujuan untuk menampung peningkatan kos operasi dan kos pembangunan modal yang tinggi, bagi memastikan keselesaan pengguna dapat ditambah baik.
"SATU membelanjakan sejumlah RM180 juta setahun bagi kos operasi untuk mengabstrak, memproses serta membekalkan air terawat kepada pengguna di Terengganu, dengan kerja penyelenggaraan membabitkan pembaikan paip pecah dan bocor serta kerja menaik taraf sistem bekalan air," katanya.
Bilangan akaun pengguna air yang aktif di Terengganu sehingga November 2023 ialah 341,546, di mana 83 peratus merupakan pengguna domestik.
Menerusi Mekanisme Penetapan Tarif, SPAN semalam mengumumkan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
Kenaikan yang disifatkan SPAN sebagai tidak lagi boleh ditangguhkan itu, bertujuan agar tidak menjejaskan kemampanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang.
Sementara itu, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini juga dilaporkan berkata, lesen operator di bawah kawal selia SPAN boleh ditarik balik jika gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI), dalam menyediakan perkhidmatan pembekalan air seperti ditetapkan.
Beliau berkata perkara itu susulan pendapatan operator dijangka meningkat selaras pelarasan tarif air itu dan hasilnya perlu digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, selain menyelesaikan masalah utama bekalan air di negeri masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

Menerusi Mekanisme Penetapan Tarif, SPAN mengumumkan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu. - Gambar hiasan

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.

Pelarasan tarif air antara faktor inflasi naik 1.8 peratus pada Feb 2024
Lima negeri rekod peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Perlis dan Sarawak.

Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB
Saarani turut memberi jaminan kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna.

Pelarasan tarif air: Selangor ambil langkah susulan bantu pengguna terkesan
Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.

Pelarasan tarif air: Pengguna tidak perlu khuatir, optimumkan penggunaan air
Berdasarkan data, sekitar 47.8 peratus pengguna domestik merekodkan penggunaan kurang daripada 20 meter padu.

Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Izani berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan.

Pelarasan tarif air beri ruang Terengganu selesai masalah gangguan bekalan air
Pelarasan tersebut akan dimanfaatkan untuk kerja penggantian paip lama, selain membangunkan beberapa loji rawatan air yang baharu.

Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah
Menurut Akmal Nasrullah, ia akan memberi manfaat melalui tahap perkhidmatan bekalan yang lebih baik kepada pengguna di negeri terbabit.

Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.