PUTRAJAYA: Pelarasan tarif air bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa pada 1 Feb ini adalah munasabah serta akan memberi manfaat melalui tahap perkhidmatan bekalan yang lebih baik kepada pengguna di negeri terbabit.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata susulan pelaksanaan pelarasan tarif itu, pengguna akan dapat menikmati tahap serta kualiti perkhidmatan lebih baik seperti kualiti air terawat yang lebih memuaskan selain penurunan dalam insiden gangguan bekalan.
"Pengguna dapat menikmati kemudahan penyediaan kemudahan infrastruktur bekalan air yang lebih baik dan ini dapat menangani krisis gangguan air yang sering berlaku," katanya pada sesi bertemu media mengenai pelarasan tarif air di sini semalam.
"Namun pengguna juga kena faham bahawa bukan semua manfaat daripada penambahbaikan ini dapat dirasai dalam jangka pendek... seperti pihak operator dapat menjalankan projek membaik pulih sistem perpaipan yang mengambil masa setahun dan impaknya mungkin hanya dapat dirasai oleh pengguna secara beransur-ansur selepas tempoh berkenaan," katanya.
Beliau berkata kedudukan kewangan defisit boleh menjejaskan operasi harian operator dan perancangan pembangunan infrastruktur tidak dapat diteruskan serta mengakibatkan penurunan kualiti dan tahap perkhidmatan kepada pengguna.
Akmal Nasrullah berkata bagi meminimumkan impak peningkatan perbelanjaan pengguna, kerajaan negeri dan syarikat operator disaran meneruskan inisiatif sedia ada bagi membantu golongan terkesan terutama golongan B40.
Beliau berkata setakat ini, lapan syarikat operator bersetuju membantu golongan itu supaya tidak terkesan ekoran pelarasan kadar tarif tersebut antaranya dengan melaksanakan pemberian rebat.
"Ada negeri yang sememangnya mengguna pakai senarai data sedia ada sebagai contoh eKasih manakala untuk jangka panjang, apabila sistem Pangkalan Data Utama (PADU) siap dan mengikut ketetapan kerajaan bagi bantuan secara bersasar, kita akan minta senarai diselaraskan supaya segala manfaat sampai kepada mereka," katanya.
PADU dilancarkan pada 2 Jan lepas untuk menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.
Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan pelarasan tarif air bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan berkuat kuasa pada 1 Feb, melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
AKMAL-PENGGUNA 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Menurut SPAN, kadar tarif air tidak boleh diseragamkan untuk setiap negeri kerana kos untuk operator yang menawarkan perkhidmatan serta keperluan pembangunan infrastruktur di negeri masing-masing adalah berbeza.
Menerusi taklimat semasa sesi berkenaan, SPAN memaklumkan pelarasan tarif air bagi kategori domestik, yang ditetap berdasarkan Mekanisme Penetapan Tarif bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran, diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Dis lepas.
Pihak SPAN berkata pelarasan itu adalah bagi menangani isu semasa terutama membabitkan tahap perkhidmatan penyediaan bekalan air yang lebih cekap, berkualiti dan berterusan oleh syarikat operator selain menggalakkan pemuliharaan air di Malaysia.
Air Selangor dijangka menjana pendapatan tertinggi iaitu sebanyak RM105 juta setahun yang dirancang untuk menyelesaikan isu kerosakan paip dan meningkatkan kualiti air di seluruh Lembah Klang, dengan cadangan penggantian 300 kilometer paip setahun bermula tahun ini serta dijangka siap pada 2026.
Pulau Pinang pula dijangka menjana RM86 juta pendapatan setahun yang dirancang untuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW) dengan penggantian paip bagi mengurangkan kadar paip bocor dan menyelesaikan isu kecukupan bekalan air negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
![Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701925574_AKMALNASIR.jpg)
Akmal Nasrullah berkata susulan pelaksanaan pelarasan tarif itu, pengguna akan dapat menikmati tahap serta kualiti perkhidmatan lebih baik seperti kualiti air terawat yang lebih memuaskan selain penurunan dalam insiden gangguan bekalan. - BERNAMA
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738804705_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738802700_tbUSANITAMoUUniv.jpg)
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738636326_TBAgong.jpg)
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
![Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738593583_singapore.jpg)
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.
![Pelarasan tarif air antara faktor inflasi naik 1.8 peratus pada Feb 2024 Pelarasan tarif air antara faktor inflasi naik 1.8 peratus pada Feb 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674218668_inflasiinflation.jpg)
Pelarasan tarif air antara faktor inflasi naik 1.8 peratus pada Feb 2024
Lima negeri rekod peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Perlis dan Sarawak.
![Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703299550_TBSaaraniMohamad.jpg)
Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
![Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706793701_TBIpohKerajaanPer.jpg)
Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB
Saarani turut memberi jaminan kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna.
![Pelarasan tarif air: Selangor ambil langkah susulan bantu pengguna terkesan Pelarasan tarif air: Selangor ambil langkah susulan bantu pengguna terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699436850_AmirudinShari.jpg)
Pelarasan tarif air: Selangor ambil langkah susulan bantu pengguna terkesan
Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.
![Pelarasan tarif air: Pengguna tidak perlu khuatir, optimumkan penggunaan air Pelarasan tarif air: Pengguna tidak perlu khuatir, optimumkan penggunaan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647004897_WaterPipe.jpg)
Pelarasan tarif air: Pengguna tidak perlu khuatir, optimumkan penggunaan air
Berdasarkan data, sekitar 47.8 peratus pengguna domestik merekodkan penggunaan kurang daripada 20 meter padu.
![Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705526745_DatukDrIzaniHussi.jpg)
Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Izani berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan.
![Pelarasan tarif air beri ruang Terengganu selesai masalah gangguan bekalan air Pelarasan tarif air beri ruang Terengganu selesai masalah gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662039260_watertap.jpg)
Pelarasan tarif air beri ruang Terengganu selesai masalah gangguan bekalan air
Pelarasan tersebut akan dimanfaatkan untuk kerja penggantian paip lama, selain membangunkan beberapa loji rawatan air yang baharu.
![Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701925574_AKMALNASIR.jpg)
Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah
Menurut Akmal Nasrullah, ia akan memberi manfaat melalui tahap perkhidmatan bekalan yang lebih baik kepada pengguna di negeri terbabit.
![Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41594810505_IrAbasAbdullah.jpg)
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.