KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak perlu khuatir sebaliknya lebih cekap dalam mengoptimumkan penggunaan air di kediaman masing-masing berikutan pengumuman pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Feb depan.
Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Fazil Ismail berkata bukan semua akan merasakan impak kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu itu kerana berdasarkan data diperoleh sekitar 47.8 peratus pengguna domestik merekodkan penggunaan kurang daripada 20 meter padu.
"... dan mengambil kira kerajaan negeri turut menyambung inisiatif untuk memberikan subsidi bersasar kepada pengguna melalui program mereka jadi, kami menjangkakan bahawa akan ada pengguna sedia ada tidak terjejas dengan sebarang kenaikan.
"... kalau ada pengguna yang tidak ada dalam kumpulan bersasar tetapi menggunakan tidak melebihi 20,000 liter, kesan atau implikasi terhadap pelarasan itu minimum secara amnya," katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara Malaysia Petang Ini terbitan BernamaTV.
Beliau berkata pengguna turut disaran untuk bertukar kepada produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air bagi mendisiplinkan penggunaan secara berhemah selain turut menyifatkan langkah berkenaan sebagai situasi menang-menang untuk pengguna dan kelestarian alam sekitar.
"Sebagai contoh mungkin sebelum ini kalau kita berwuduk menggunakan sekitar 5 hingga 7 liter air tetapi menggunakan produk cekap air yang mempunyai tiga bintang akan mengeluarkan 2 hingga 3.5 liter sahaja bagi setiap satu minit.
"Jadi pengeluaran air yang sepatutnya ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran dalam masa sama mengurangkan bil bulanan. Dalam hal ini kita sebut situasi menang-menang iaitu pengguna dapat membantu melestarikan alam dengan penggunaan air yang bijak dan dapat meminimumkan bil mereka," katanya.
Terdahulu, SPAN memaklumkan pelarasan berkenaan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif dengan struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung serta Labuan dan akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.
Menurut SPAN, pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan.
Tarif baharu air itu dijangka membabitkan kenaikan caj bil dalam julat antara RM1.60 hingga RM8 bagi setiap kediaman atau lima hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

Menurut SPAN, pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan. - Gambar hiasan

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Pelarasan tarif air antara faktor inflasi naik 1.8 peratus pada Feb 2024
Lima negeri rekod peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Perlis dan Sarawak.

Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB
Saarani turut memberi jaminan kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna.

Pelarasan tarif air: Selangor ambil langkah susulan bantu pengguna terkesan
Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.

Pelarasan tarif air: Pengguna tidak perlu khuatir, optimumkan penggunaan air
Berdasarkan data, sekitar 47.8 peratus pengguna domestik merekodkan penggunaan kurang daripada 20 meter padu.

Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Izani berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan.

Pelarasan tarif air beri ruang Terengganu selesai masalah gangguan bekalan air
Pelarasan tersebut akan dimanfaatkan untuk kerja penggantian paip lama, selain membangunkan beberapa loji rawatan air yang baharu.

Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah
Menurut Akmal Nasrullah, ia akan memberi manfaat melalui tahap perkhidmatan bekalan yang lebih baik kepada pengguna di negeri terbabit.

Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.