ALOR SETAR: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Ketil berdekatan Kampung Padang Temu, Baling, kira-kira 90 kilometer dari sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Kanan I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa, 14, dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus sungai tersebut kira-kira 1 tengah hari.
"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.11 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling bergegas ke tempat kejadian. Tindakan awal, bomba ialah melakukan pencarian di permukaan air di sekitar lokasi berkenaan.
"Berdasarkan maklumat saksi di lokasi kejadian, rakan-rakan mangsa cuba untuk mencari terlebih dahulu, apabila usaha mencari gagal, rakan mangsa memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa dan selepas itu barulah keluarga mangsa menghubungi bomba," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya ketika kejadian cuaca di kawasan tersebut adalah baik namun ketika pasukan bomba tiba hujan mulai turun dengan lebat dan menyebabkan paras air sungai meningkat.
Mohamadul Ehsan berkata keadaan itu menyebabkan operasi pencarian menjadi sukar dan ketika ini mangsa masih belum ditemui.
Dalam pada itu, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) dalam catatan di akaun Facebooknya mengesahkan remaja itu adalah pelatih akademi itu untuk pemain Bawah 14 tahun.
Menurut AMD, ketika ini Muhammad Saiful Ezzudin dan semua pelatih bawah 14 dan 15 tahun akademi itu sedang bercuti semester dan berada di kampung halaman masing-masing dari 19 hingga 27 Mac ini.
"Usaha pencarian masih giat dijalankan oleh pihak polis dan bomba. Justeru itu, kami memohon doa dari semua agar dipermudahkan operasi pencarian yang sedang dijalankan serta semoga pelatih tersebut dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya.
Sementara itu, Mohamadul Ehsan berkata dalam kejadian berasingan seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjun ke dalam laut daripada bot di pelantar ikan Kampung Ulu dekat Kuala Kedah, di sini petang tadi.
Beliau berkata, saksi mendakwa mangsa yang berusia 43 tahun itu telah terjun ke dalam laut daripada bot yang dilabuhkan berhampiran pelantar sebelum dilihat terkapai-kapai dibawa arus deras.
"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.21 petang dan anggota dari BBP Jalan Raja telah ke lokasi kejadian. Pencarian di permukaan air telah dijalankan di sekitar kawasan jeti berkenaan dan setakat ini belum menemui mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Menurut AMD, ketika ini Muhammad Saiful Ezzudin sedang bercuti semester dan berada di kampung halamannya. - Gambar/ Sinar Harian

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pelatih AMD dikhuatiri lemas sempat 'reunion' bersama rakan
Seorang daripada rakan mangsa berkata sebelum kejadian itu mereka berlima termasuk mangsa bertemu serta mandi di sungai berkenaan.

Pelatih akademi bola sepak negara dikhuatiri lemas
Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Ketil berdekatan Kampung Padang Temu, Baling, kira-kira 90 kilometer dari sini hari ini.