BALING: Pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Ketil dekat sini semalam sempat mengadakan pertemuan semula (reunion) dengan empat rakannya setelah tiga tahun tidak berjumpa.
Seorang daripada rakan mangsa Mohd Amri Zakuan Rahmat, 14, berkata sebelum kejadian itu mereka berlima termasuk mangsa Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa, 14, bertemu serta mandi di sungai berkenaan.
Mohd Amri Zakuan berkata ketika mandi bersama di sungai itu, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik malah kelihatan ceria bersama rakan lain, namun rakannya itu tiba-tiba hilang daripada pandangan selepas 30 minit mandi manda di situ.
"Ketika mandi air paras pinggang dan dia berenang seperti biasa tiba-tiba dia hilang daripada pandangan kami. Kami turun mencari kira-kira 20 minit tetapi tidak ditemukan lalu memaklumkan kejadian ini kepada ibu bapanya," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Mohd Amri Zakuan berkata dia bersama rakan lain sedih dengan kejadian menimpa Muhammad Saiful Ezzudin itu malah menyifatkan mangsa seorang rakan yang baik dan suka membantu serta ringan tulang.
BACA: Pelatih akademi bola sepak negara dikhuatiri lemas
Sementara itu, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Rahimi Ali berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan sepanjang Sungai Ketil hingga Sungai Limau iaitu diperluaskan kepada jarak tujuh kilometer di Kampung Sungai Limau.
"Pelbagai agensi penyelamat turut terlibat termasuk Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Unit Scuba, Jabatan Rela, Polis dan penduduk turut membantu. Operasi mencari diteruskan sejak 8 pagi tadi dan usaha mencari mangsa masih diteruskan di sepanjang Sungai Ketil," katanya.
Muhammad Saiful Ezzudin dikhuatiri lemas ketika mandi manda bersama empat rakannya di Sungai Ketil berdekatan Kampung Padang Temu, Batu 48, Bongor itu kira-kira 1 tengah hari semalam sebelum pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada 4.11 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Anggota JBPM bersama penduduk kampung mempergiatkan lagi usaha mencari mangsa lemas, Muhammad Saiful, yang dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama empat rakannya di Sungai Ketil, petang semalam. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mayat pelatih AMD lemas ketika mandi sungai ditemukan
Mayat pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa ditemukan petang tadi selepas lebih 20 jam dilaporkan hilang sejak semalam.

Pelatih AMD dikhuatiri lemas sempat 'reunion' bersama rakan
Seorang daripada rakan mangsa berkata sebelum kejadian itu mereka berlima termasuk mangsa bertemu serta mandi di sungai berkenaan.

Khuatir pemain AMD panaskan bangku simpanan
Ketika Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner, menganggap penyertaan beramai-ramai pemain akademi itu ke Selangor adalah satu langkah positif, Richard pula berasakan sebaliknya.