Seorang pelawak terkenal berusia 49 tahun bertindak di luar kawalan apabila menumbuk, menendang dan membaling batu kepada seorang pegawai keselamatan dalam insiden pergaduhan di Taman Acacia, Nilai, malam Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, pengawal keselamatan itu, Yahya Manap, 70, mengalami kecederaan di di bahagian muka dan badan akibat dibelasah pelawak berkenaan.
“Pada pukul 8 malam, pelawak itu memandu Proton Perdana masuk ke kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengejar seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
“Pengawal keselamatan kemudian menutup palang pos keselamatan dan mengejar kenderaan pelawak itu. Lelaki itu kemudiannya ingin keluar tetapi terhalang kerana palang tertutup.
“Berlaku pertengkaran antara pelawak itu dan pengawal keselamatan terbabit sehinggakan pelawak itu menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang dan membaling batu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Susulan kejadian itu, beberapa keping gambar dan video yang dirakam saksi kejadian tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mohd Nor Marzukee berkata penduduk cuba menenangkan pelawak berkenaan namun dia mengugut pengawal keselamatan itu sebelum beredar.
“Mangsa membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
Afiezy Azaman
Sun Apr 07 2019

Imej dari video tular yang dirakamkan oleh saksi kejadian.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.

Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.

Mayat lelaki tertiarap dalam longkang ditemukan di Nilai
Siasatan awal mendapati mayat itu adalah lelaki berumur 27 tahun ditemui orang awam bersama sebuah motosikal jenis Yamaha SRE-K.

Polis serbu 3 premis buat sambungan elektrik haram untuk bitcoin
Polis menyerbu tiga premis di sekitar Nilai disyaki membuat sambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.

Polis buka kertas siasatan dakwaan gambar selebriti di IPD Nilai yang tular
Selebriti wanita itu telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di IPD Nilai semalam.

Nilai keseluruhan PEMULIH RM150 bilion, suntikan fiskal RM10 bilion - PM Muhyiddin
PEMULIH mempunyai tiga fokus utama - Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat; Menyokong Perniagaan; dan Meningkatkan Vaksinasi.

Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.

'Rumah Darth Vader' dibuka untuk jualan!
Ia diberi nama sedemikian kerana bahagian luarnya mirip dengan helmet watak ikonik dalam filem berkenaan.

COVID-19: 22 lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula hari ini
Sebanyak 22 buah sekolah di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat pengesanan kes positif COVID-19.

Pencemaran di Sungai Batang Benar tidak ganggu bekalan air di Selangor
Insiden pencemaran air di Sungai Batang Benar ekoran kebakaran sebuah kilang cat di Nilai 3, Negeri Sembilan petang semalam tidak menjejaskan bekalan air kepada pengguna di Selangor.

Mengajak untuk menulis tentang kemanusiaan ketika krisis dan konflik
Kata Faizal, wabak Corona membuatkan nilai menjadi sifar kerana ritual keagamaan yang mempunyai muatan budi dan pengisian rohani tiba-tiba hilang lesap.