KUALA PILAH: Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.
Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.
"Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, suspek direman empat hari bermula Ahad hingga Khamis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Selain itu katanya, suspek juga telah dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.
"Mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
"Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Pelawak ditahan kes pemerdagangan manusia
Sinar Harian
Tue Aug 03 2021

Amran berkata, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks. - Gambar hiasan

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

'Mulut orang kita tak boleh nak tahan' - Tauke terkilan nama dikait kes pemerdagangan manusia
Pelawak, Tauke terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes pemerdangangan manusia seperti yang dilaporkan media hari ini.

Pelawak terkenal ditahan kes pemerdagangan manusia
Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel Kuala Pilah pada Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Jep Sepahtu jarang post foto isteri? Ini jawapan Sari Yanti
Eh betul juga kata Sari tu, takkan Jep nak main post je kan?

Undian: Filem Mr Os yang paling anda gemari?
Antara filem-filem lakonan Allahyarham berikut, yang manakah paling anda sukai?

Jenazah Mr Os selamat dikebumikan
Jenazah dikebumikan kira-kira jam 6:30 petang tadi dihadiri anggota keluarga, rakan artis dan penduduk kampung.

Pelawak terkenal Mr Os meninggal dunia
Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2:45 petang.