Semangat yang ditunjukkan masyarakat dalam meraikan dan berkongsi kemeriahan perayaan pelbagai kaum dan agama merupakan petanda baik untuk pembangunan negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata hubungan rapat antara kaum membolehkan pelbagai lapisan masyarakat merayakan semua hari kebesaran bersama-sama.
"Ini sudah tentu menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan negara kita dan sekali gus negara dapat dibangunkan dan memberi kebahagiaan kepada rakyat.
"Jika tidak ada keamanan, banyak wang dihabiskan kerana pemusuhan dan ramai yang cedera parah, sudah tentu negara tidak dapat dibangunkan," katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran Rembau, di sini malam tadi, yang turut dihadiri Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.
Hadir sama isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Wathya Moorthy, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith dan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Majlis itu turut disertai 7,000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Terdahulu, ketibaan Dr Mahathir dan isteri pada 9.04 malam diiringi persembahan 'Miruthangam' sebelum beliau bersama isteri meninjau hiasan 'kolam' burung merak.
Terdahulu, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang tiba 8.30 malam di Rembau mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Viviekananda, di sini.
Sementara itu, Wathya Moorthy berkata kepelbagaian dalam 214,000 suku kaum dan etnik di ini menjadikan masyarakat berada dalam keadaan kompleks.
"Sebab itu pengetahuan, kefahaman dan interaksi budaya dalam masyarakat sangat penting untuk diberi penekanan.
"Sebagaimana warna-warni pada sambutan hari ini, kita sememangya sudah lama hidup bermasyarakat dan harmoni," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 09 2018

Dr Mahathir melihat hiasan 'Kolam' burung merak sempena Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran Rembau malam tadi. --fotoBERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Berlainan bangsa, budaya serta agama bukan halangan penyatuan dan perpaduan
Dengan amalan saling hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni, hendaknya tidak ada mana-mana kaum yang mengganggap mereka dipinggirkan.

Jadi filem terakhir, rindu kehebatan Allahyarham Adibah Noor terubat dalam Eraser
Mereka berjaya menghasilkan Eraser seperti yang diinginkan dengan menjadikan cinta sebagai asas yang tidak boleh ditinggalkan dalam naskhah ini.

Tugas jaga perpaduan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata
Tugas menjaga perpaduan bukanlah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Pendakwah asing perlu fahami keadaan Malaysia - Mujahid
Malaysia mempunyai pendekatan dan cara tersendiri dalam membentuk sebuah negara berbilang bangsa dan agama serta dapat mengekalkan keharmonian.

Pelbagai kaum sambut perayaan bersama, petanda baik untuk negara - Tun Mahathir
Perdana Menteri berkata hubungan rapat antara kaum membolehkan pelbagai lapisan masyarakat merayakan semua hari kebesaran bersama-sama.

Malaysia masih negara contoh hubungan kaum yang harmoni - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri turut menyebut tentang keunikan suasana keharmonian di Malaysia ketika musim perayaan melalui amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka.