KUALA LUMPUR: Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Malaysia antaranya telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan peluang pelaburan tersebut wajar diteroka oleh syarikat seperti ConocoPhilips Company.
ConocoPhilips merupakan sebuah syarikat penerokaan dan pengeluaran tenaga terkemuka dunia beribu pejabat di Houston, Texas, Amerika Syarikat yang kini beroperasi di 13 buah negara dengan kira-kira 9,800 orang pekerja.
Anwar berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook beliau selepas menerima kunjungan hormat daripada pengerusi dan ketua pegawai eksekutif ConocoPhilips Company Ryan Lance dan presiden ConocoPhilips Malaysia Lisa Bruner, di sini, hari ini.
Beliau berkata semasa pertemuan itu Lance turut berkongsi perancangan syarikat tersebut terutamanya mengenai peluang pelaburan di Malaysia yang telah dikenal pasti.
"Beliau menyatakan bahawa antara tarikan ConocoPhilips ke atas Malaysia adalah amalan tatakelola yang tinggi kerajaan berkaitan syarikat petroliam negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
"Kami turut berbincang mengenai inisiatif peralihan tenaga yang merupakan usaha di peringkat global," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Anwar berkata semasa pertemuan itu Lance turut berkongsi perancangan syarikat tersebut terutamanya mengenai peluang pelaburan di Malaysia yang telah dikenal pasti. - Gambar FB Anwar Ibrahim
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
COP29: Malaysia bakal jadi hab utama pelaburan hijau, pacu pertumbuhan mampan
Nga turut menyeru komuniti global untuk merealisasikan idea kepada tindakan.
MITI sasar tarik RM300 bilion pelaburan hijau menjelang 2030 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbon sifar bersih Malaysia.
Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan - PM Anwar
Anwar berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Malaysia perlu manfaatkan pelbagai sumber modal menerusi pelaburan hijau - MITI
Usaha peralihan tenaga perlukan pembiayaan besar, dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM1.2 trilion sehingga RM1.3 trilion menjelang 2050.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Malaysia komited bekerjasama dalam kerangka ASEAN bagi usaha sifar bersih - Nik Nazmi
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini.