SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengambil langkah mengurangkan kapasiti simpanan air empangan melalui pelepasan air berkenaan secara berperingkat sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata strategi mengurangkan kapasiti simpanan air empangan itu telah dimulakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sejak pertengahan Ogos lepas dan setakat ini, inisiatif tersebut memberi impak yang positif.
"Pelepasan air empangan bagi ketujuh-tujuh empangan yang dikawal selia oleh LUAS adalah bagi tujuan pengurangan kapasiti simpanan air empangan ke tahap 90 peratus kecuali bagi Empangan Klang Gates ke tahap 85 peratus.
"Tindakan ini merupakan inisiatif LUAS untuk menyediakan ruang yang mencukupi bagi kesemua empangan untuk kesiapsiagaan sekiranya menerima kadar intensiti hujan yang tinggi dan bagi mengelakkan limpahan air empangan yang berpotensi menyebabkan banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan rekod sistem pemantauan kapasiti semasa empangan negeri iaitu Integrated Water Resources Management System (IWRIMS), LUAS, mendapati berlaku peningkatan kapasiti simpanan air Empangan Klang Gates berikutan hujan lebat pada 18 Okt lepas, namun, tiada limpahan berlaku susulan ruang yang masih cukup.
Izham berkata sebarang pelepasan air empangan dilaksanakan dan dikawal rapi oleh pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan mengambil kira tren paras air sungai semasa danramalan cuaca dalam tempoh tujuh hari kehadapan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
"Sehubungan itu, tiada pelepasan akan dibuat sekiranya paras sungai menunjukkan tren meningkat serta hujan yang lebat di kawasan hilir," katanya.
Terdapat tujuh empangan di Selangor iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi di daerah Hulu Selangor, Empangan Tasik Subang di daerah Petaling, Empangan Sungai Langat dan Empangan Semenyih di daerah Hulu Langat yang berfungsi sebagai takungan sumber bekalan air mentah yang dioperasikan Air Selangor.
Sementara Empangan Klang Gates dan Empangan Batu di daerah Gombak merupakan empangan dwifungsi bagi tujuan tebatan banjir dan bekalan air mentah yang dioperasikan pihak JPS bersama Air Selangor.
Orang awam boleh merujuk maklumat status empangan Negeri Selangor secara harian di laman sesawang IWRIMS, LUAS di https://iwrims.luas.gov.my.
Selain itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang JPS berkaitan banjir di https://publicinfobanjir.water.gov.my dan mengenai ramalan hujan di Jabatan Meterologi Malaysia https://www.met.gov.my/?lang=en.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023

Strategi mengurangkan kapasiti simpanan air empangan itu telah dimulakan oleh LUAS sejak pertengahan Ogos lepas dan setakat ini, inisiatif tersebut memberi impak yang positif. - Gambar fail

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.

3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.

Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.

Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry
Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid
Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir.

Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.

Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar
Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.