KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat supaya melindungi dan memelihara alam sekitar sekurang-kurangnya 30 peratus daratan dan lautan menjelang 2030.
Baginda bertitah bagi tujuan itu agensi awam dan swasta di seluruh negara perlu menjadi peserta aktif dalam rundingan iklim dan biodiversiti peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menyokong inisiatif utama dalam penjagaan alam sekitar.
Titah baginda, teras pelan tersebut ialah cadangan berasaskan kajian sains bagi memperuntukkan 30 peratus keluasan tanah dan perairan dunia sebagai kawasan perlindungan dan pemuliharaan.
"Malaysia perlu turut serta bagi menjayakan sasaran unggul ini seterusnya menyerlahkan kebersamaan dengan seluruh warga dunia menangani isu ini, apatah lagi negara kita adalah salah sebuah daripada 17 negara megadiversiti di dunia yang diiktiraf kerana kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna.
"Kita perlu berusaha untuk memastikan kawasan daratan dan perairan yang boleh diwartakan bagi tujuan perlindungan dan pemuliharaan untuk mencapai sasaran global penting tersebut," titahnya dalam satu kenyataan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada Ahad.
Tengku Hassanal memaklumkan terdapat dua acara utama berkaitan dengan alam sekitar akan berlangsung pada tahun ini iaitu mesyuarat tahunan ke-27 Conference of Pafties on Climate Change (COP27) di Mesir dan mesyuarat dua tahun sekali UN Biodiversity Treaty (COP15) di China,
Baginda bertitah, sebagai negara anggota, Malaysia mesti melibatkan diri secara aktif dengan menyertai dialog antarabangsa dan perlu menyokong kebanyakan komitmen yang dipersetujui tetapi perlu juga bersifat realistik.
"Sebagai contoh, Malaysia perlu mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050.
"Aspirasi ini penting dan terpuji, namun pada masa yang sama, kita perlu menyedari bahawa langkah memansuhkan subsidi bahan api fosil akan memberikan impak besar kepada warga Malaysia.
"Pengurangan penggunaan tenaga sedikit sebanyak akan melumpuhkan dan menjejaskan ekonomi negara. Jadi, kita perlu mendidik masyarakat tentang penjimatan tenaga dengan pelbagai cara seperti mengurangkan
penggunaan pendingin hawa atau menggunakan tenaga dengan lebih efisien.
"Saya bersyukur kerana kebanyakan negara termasuklah Malaysia sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membangunkan pelan bagi mengurangkan kemusnahan biodiversiti," titah baginda lagi.
Tengku Hassanal mendedahkan pada ketika ini, lebih satu juta spesies haiwan dan tumbuhan sedang mengalami ancaman kepupusan.
Baginda bertitah sehubungan dengan itu, satu pelan yang berwawasan besar, iaitu Global Biodiversity Framework Pasca 2020 sedang dirunding dalam Convention on Biological Diversity untuk diluluskan pada coP1s.
Selain itu, titah Tengku Hassanal, meskipun kesedaran dan keprihatinan alam sekitar semakin meningkat di seluruh dunia sejak lima dekad lalu, namun pelbagai kegiatan manusia telah memusnahkan "jaringan kehidupan" yang diperlukan seperti bekalan makanan, air, udara bersih dan seumpamanya.
Baginda bertitah, semua pihak perlu menterjemahkan aspirasi menjadi realiti.
Sementara itu, Tengku Hassanal mengakui turut telah melawat dan melihat sendiri kemusnahan Tasik Chini apabila terdapatnya laporan kemusnahannya.
Baginda telah menitahkan agar Hutan Simpan Chini diperluas untuk meningkatkan perlindungan kepada tumbuhan dan haiwan serta memastikan kehidupan Orang Asli di sekitar tasik tidak terus terancam.
"Alhamdulillah, Kerajaan Pahang telah mewartakan tambahan kawasan Hutan Simpan Chini tersebut pada 5 Ogos 2021, daripada dahulunya 4,600 hektar kepada kini 6,502.8 hektar.
"Peluasan Hutan Simpan Chini secara langsung dapat melindungi flora dan fauna di Tasik Chini serta kawasan di sekitarnya.
Tasik Chini ialah permata alam di Pahang dan merupakan tapak Rizab Biosfera UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation) yang pertama di Malaysia.
Keunikannya yang bernilai tinggi dan bertaraf dunia perlu dipelihara dan dipulihara," titah baginda.
Mohamad Zalani Atan
Sun Jun 05 2022

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyeru seluruh rakyat supaya melindungi dan memelihara alam sekitar sekurang-kurangnya 30 peratus daratan dan lautan menjelang 2030.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Aplikasi Grok untuk iPhone kini boleh dimuat turun pengguna Malaysia
Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.

Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Telatah Seduku, seekor orang utan menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.

Pemangku Raja Pahang berangkat tiba di Kuching untuk lawatan selama lima hari
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.

Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.

Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.

COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.

Pemangku Raja Pahang kurnia darjah kebesaran, pingat Pahang kepada 198 penerima
Pemangku Raja Pahang,berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.