LIPIS: Seorang pelombong maut dihempap batu ketika melombong emas di Sungai Kadir, Kampung Sungai Temau, dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Suhaimi Sudin, 44, yang beralamat di Felcra Sungai Temau, Padang Tengku dekat sini telah pergi ke kawasan tersebut bersama dua lagi rakannya.
“Sebelum kejadian ketiga-tiga mereka telah pergi ke kawasan tersebut untuk melombong emas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kawasan melombong ini merupakan anak Sungai Kadir terletak kira-kira tiga kilometer dari Felcra Sungai Temau,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata dua orang lagi rakannya tidak mengalami kecederaan.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Ihsan Foto - IPD LIPIS
Astro Awani
Sun Jul 23 2023

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. - Gambar/ PDRM
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

PTG: Siasatan awal tiada emas ditemukan di Lenggeng
PTG Negeri Sembilan bersama JMG negeri mendapati tiada emas ditemukan di sekitar sungai di Lenggeng.

Seorang maut, 12 terperangkap di lombong emas di Colorado
Pelbagai agensi, termasuk pasukan mencari dan menyelamat yang dilengkapi dengan peralatan berat turut membantu dalam usaha menyelamat.

Lelaki maut tertimbus semasa cari emas
Seorang lelaki maut tertimbus dipercayai semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor di sini pada Sabtu.

Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang
Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui.

6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.

'Menang-menang', Pahang tak halang lombong emas, bijih di tanah sendiri - MB
Pahang tidak menghalang mana-mana pemilik tanah persendirian yang mempunyai hasil mineral seperti emas dan bijih besi melakukan aktiviti perlombongan.

Lombong emas runtuh ragut sekurang-kurangnya 21 nyawa
Sekurang-kurangnya 21 pelombong terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan di lombong emas ekoran hujan lebat.

Lebih 500 pekerja lombong emas jadi tebusan
Seramai 543 pekerja sebuah lombong emas di timur Johannesburg di Afrika Selatan dijadikan tebusan sejak Ahad lepas, lapor Xinhua pada Selasa.

Lombong emas secara haram, lelaki didenda RM50,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang lelaki RM50,000 selepas mengaku bersalah melombong emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Kechau dalam daerah Lipis, dekat sini, Mac lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.