BERA: Anak veteran tentera berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) secara percuma untuk tempoh setahun dengan kos pengajian ditanggung oleh universiti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata program itu akan melibatkan 2,500 anak veteran tentera bagi tempoh lima tahun dengan perbelanjaan untuk seorang pelajar dijangka RM12,500 bagi tempoh setahun, sebelum pelajar terlibat boleh memilih sama ada mahu kekal di universiti itu atau melanjutkan pelajaran ke universiti lain.
Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga secara dasarnya bersetuju untuk memberi bantuan RM500 untuk mereka yang menjaga pasangan yang terlantar sama ada isteri atau suami, iaitu inisiatif yang dirundingkan semasa beliau menjadi Menteri Kanan Pertahanan.
"Kerajaan tidak pernah melupakan jasa veteran (tentera) terhadap negara dan kita pasti membantu dalam apa jua segi bagi mengurangkan beban dihadapi veteran. Kita mahu pastikan kebajikan veteran terjaga sebab mereka selama ini bersabung nyawa mempertahankan negara.
"Saya juga sentiasa terbuka untuk berjumpa dengan mana-mana pihak untuk berbincang mengenai isu yang membabitkan hal ehwal veteran (tentera) kerana isu ini amat dekat dengan saya," katanya semasa berucap merasmikan Pejabat Pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV ATM) Cawangan Bera di Taman Merbau Indah di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Datuk Dzulkarnain Ahmad dan Pengarah JHEV ATM Pahang Mejar Khairul Ashinar Azid@Aziz.
Selain isu kebajikan, Perdana Menteri berkata isu perumahan veteran juga antara fokus utama beliau supaya golongan berkenaan dapat memiliki rumah yang selesa, dengan kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited menyediakan kuota khas kepada warga pertahanan termasuk veteran bagi setiap projek rumah mampu milik yang dilaksanakan.
Menurutnya ia termasuk di Bera, apabila 1,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dijadual dibina di daerah ini, dengan beliau telah meminta supaya peruntukan khas diberikan kepada golongan veteran tentera.
"... antara fokus utama saya sejak menjadi Menteri Kanan Pertahanan ialah isu perumahan. Bayangkan perasaan veteran apabila mereka masih menjadi tentera, berada jauh di sempadan atau hutan tetapi rumah keluarga mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.
"Ini sudah pasti memberi kesan kepada mereka walaupun kita tahu semangat juang mereka kuat. Sebab itu kita fokus dan beri tumpuan untuk memastikan mereka mempunyai rumah yang selesa dan baik," katanya.
Pada program itu, Ismail Sabri turut meluluskan peruntukan RM20,000 kepada persatuan veteran tentera Bera bagi urusan pengurusan dan pentadbiran persatuan yang sudah mula beroperasi sejak 2016, dengan beliau difahamkan terdapat 3,000 veteran tentera di Daerah Bera.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika merasmikan Pejabat Pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Bera malam ini. - Foto BERNAMA
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Peluang 2,500 anak veteran tentera lanjut pelajaran di UniRazak - PM
Anak veteran tentera berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) secara percuma untuk tempoh setahun dengan kos pengajian ditanggung oleh universiti berkenaan.