KUALA LUMPUR: Peluang pekerjaan warga tempatan akan dipastikan tidak terjejas dengan kemasukan kira-kira 2.1 juta pekerja asing dalam masa terdekat ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Beliau yang memberikan komitmen itu turut berjanji akan memastikan segala permohonan pihak industri untuk membawa masuk pekerja asing selepas ini, akan dikaji pihaknya secara mendalam.
"Semua orang minta (pekerja asing), kalau saya nak luluskan semua atas permintaan mereka, mungkin orang tempatan tak ada kerja di negara kita.
"Saya tidak mahu KL (Kuala Lumpur) jadi tempat longgokan (pekerja asing)," katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (UMNO-Jempol) mengenai jaminan kerajaan bagi peluang pekerjaan kepada warga tempatan apabila tambahan kemasukan pekerja asing ke negara ini dalam masa terdekat.
Saravanan memaklumkan seramai 2,127,722 pekerja asing dijangka berada dalam negara untuk bekerja di pelbagai sektor dalam tempoh satu ke dua bulan lagi.
Jumlah berkenaan termasuk 1,244,400 jumlah pekerja asing yang kini berada dalam negara; 238,943 yang diluluskan eVDR (Visa Dengan Rujukan) dan 644,379 yang sedang menjalani pemeriksaan biometrik dan medikal di negara-negara sumber.
"Ini jumlah besar. Kita tidak pernah berada dalam kedudukan ini. Sebelum COVID-19 1.8 juta (jumlah pekerja asing), kita lihat hari ini kita dah lebih 300,000 orang (berbanding sebelum ini).
"Maka selepas segala permohonan ini, sebagai menteri saya perlu kaji secara mendalam sama ada perlu atau tidak (lulus permohonan baharu pekerja asing)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan menjawab soalan pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.

65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.

Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.

Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).