IPOH: Pelumba drag yang maut ketika menyertai perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini hari ini.
Jenazah Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, dikebumikan pada 10.10 pagi yang turut dihadiri kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga dan rakan-rakan.
Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Muttaqin Taman Meru di sini pada 9 pagi tadi.
Sebelum itu, jenazah selamat tiba di kediaman keluarganya di Puncak Meru di sini dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat.
Allahyarham yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik meninggalkan isteri, Norhasyimah Shairi, 37, dan dua anak berusia 11 dan tujuh tahun.
Dalam kejadian kira-kira 11.35 pagi semalam, Muhamad Hafez Jamal memandu kereta Mitsubishi Lancer Evo dikatakan bersendirian melakukan sesi perlumbaan dalam satu acara.
Insiden itu menyebabkan siri perlumbaan yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas dan dijadualkan tamat hari ini dibatalkan serta-merta semalam, oleh pihak penganjur.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din yang mengesahkan kejadian itu berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022

Majlis pengebumian Apeh Jamal di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh, dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. - Foto Twitter BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.

Penganjur perlu bertanggungjawab - KBS
KBS meminta penganjur perlumbaan bertanggungjawab berhubung insiden yang menyebabkan pelumba drag Muhammad Hattem meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan Ahad lepas.

Perlumbaan drag ragut nyawa tiada pengiktirafan MAM
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengesahkan perlumbaan drag, 'Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023' tidak diiktiraf dan tidak mendapat kelulusan persatuan.

Pelumba drag Hattem Rashid maut kemalangan di litar lumba
Pelumba drag, Hattem Rashid meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.

Pelumba drag Apeh Jamal selamat dikebumikan pagi ini
Allahyarham meninggalkan isteri, Norhasyimah Shairi, dan dua anak berusia 11 dan tujuh tahun.