SINGAPURA: Pelumba Red Bull Sergio Perez muncul juara Grand Prix Formula 1 (F1) Singapura 2022, selepas mengharungi perlumbaan yang sengit dengan Charles Leclerc dari Ferrari yang menduduki tangga kedua.
Pelumba Mexico itu menjadi pemandu pertama merangkul juara kedua-dua Grand Prix Monaco dan Singapura untuk musim sama sejak Sebastian Vettel memenanginya pada 2011.
"Itu persembahan terbaik saya (dalam F1). Tiga pusingan terakhir begitu sengit. Saya memberikan segala-galanya untuk menang," kata Perez selepas perlumbaan yang berlangsung sebelah malam itu.
Sementara itu, Lewis Hamilton dari Mercedes yang pernah memenangi F1 Singapura empat kali, sekadar menduduki tempat kesembilan.
Perlumbaan diadakan di Litar Marina Bay Street sepanjang 5.063 kilometer (km) di sini dengan Pierre Gasly dari AlphaTauri melengkapkan senarai 10 teratas, dalam perlumbaan yang menyaksikan hanya 14 pelumba berjaya ke garisan penamat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Pelumba Mexico itu menjadi pemandu pertama merangkul juara kedua-dua Grand Prix Monaco dan Singapura untuk musim sama sejak Sebastian Vettel memenanginya pada 2011. - Foto AP

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Pelumba Red Bull Sergio Perez juara Grand Prix F1 Singapura 2022
Pelumba Mexico itu menjadi pemandu pertama merangkul juara kedua-dua Grand Prix Monaco dan Singapura untuk musim sama sejak 2011.