PASIR MAS: Sebutir peluru kaliber bersaiz 9 milimeter ditemukan bersama 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) di pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah di sini pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penemuan peluru dan penahanan PATI terbabit dilakukan pada jam 1.30 pagi hasil intipan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di kawasan pangkalan haram itu.
"Hasil intipan yang dilakukan hampir 20 minit, anggota Batalion 9 telah mengesan pergerakan PATI Myanmar telah mendarat di tebing Sungai Golok sebelah Malaysia berhampiran pangkalan haram Guchil," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai 62 lelaki dan 14 wanita.
Muhamad Zaki berkata, kesemua tangkapan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 55E/ 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 02 2022
Muhamad Zaki (foto) berkata penemuan peluru dan penahanan PATI terbabit dilakukan pada jam 1.30 pagi hasil intipan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di kawasan pangkalan haram itu. -Foto Sinar Harian
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
Anggota APMM disiasat dan direhatkan
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota yang sedang disiasat akan direhatkan.
Siasatan menjurus kepada kes lebih serius
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan siasatan insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu melibatkan siasatan penyeludupan dadah dan senjata.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
Dua lelaki didakwa bunuh warga emas dan anak angkat di Alor Setar
Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran di Alor Setar yang dipercayai bermotifkan dendam.
Penganggur dipercayai bunuh Ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman selama tujuh hari.
Peluru kaliber ditemui bersama 76 PATI
Penemuan peluru dan penahanan PATI terbabit dilakukan pada jam 1.30 pagi hasil intipan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di kawasan pangkalan haram itu.