Negara kehilangan seorang pemuzik, Frank Ong yang merupakan bekas pemain bass kumpulan Alleycats akibat kanser paru-paru pada Khamis lalu.
Frank, 64, atau nama Islamnya, Abdul Rashid Ong Abdullah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.30 pagi.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Raudhatul Sakinah, Gombak jam 2.30 petang hari yang sama.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Askiah Abdul Wahab, 66, serta tiga anak iaitu Jas Ong, 45; Hariz, 28; dan Myra, 24.
Frank difahamkan menderita kanser paru-paru tahap empat yang dialaminya sejak Oktober lalu.
Untuk rekod, Frank menyertai Alleycats pada 1976 hingga 1986.
Dalam tempoh itu, Frank telah terbabit dengan rakaman enam album Alleycats termasuk yang paling Alleycats 4 dan Kuching.
Astro Awani
Fri Dec 27 2019

Frank Ong yang merupakan bekas pemain bass kumpulan Alleycats meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Pemain bass kumpulan Alleycats meninggal dunia akibat kanser
Negara kehilangan seorang pemuzik, Frank Ong yang merupakan bekas pemain bass kumpulan Alleycats akibat kanser paru-paru pada Khamis lalu.