Seorang pemain kelab bola sepak amatur mati lemas akibat terjatuh ke dalam Tasik Eco Ardence, di Setia Alam, kira-kira jam 10 malam tadi.
Pemain bagi kelab Sarban FC itu, dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim, 26 tahun, ditemui kira kira jam 2.35 pagi ini.
Mangsa yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil bola di dalam tasik berkenaan.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak antara 5 dan 15 meter dari lokasi dia terjatuh di tebing tasik.
"Kesukaran mencari dan menyelamat di kawasan ini adalah kerana kawasan ini, di bawahnya sedikit berselut.
"Dengan kedalaman tasik sekitar 3 meter, ia menyukarkan sedikit proses menyelamat, ditambah pula kejadian berlaku pada waktu malam," katanya.
Seramai 37 anggota termasuk dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang, dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi mencari mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa difahamkan bermain bola sepak bersama rakan sepasukan di padang berdekatan.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat.
Astro Awani
Wed Jan 09 2019
![Pemain bola sepak lemas dalam tasik, dipercayai cuba ambil bola Pemain bola sepak lemas dalam tasik, dipercayai cuba ambil bola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547000138_PolisDirajaMalaysi.jpg)
Kesukaran mencari dan menyelamat di kawasan tasik itu adalah kerana ia sedikit berselut. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang 'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738978832_sultanpahangsambu.jpg)
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
![Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735374325_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
![67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan 67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738982410_TBSesimenembakPLKN.jpg)
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
![Pemain bola sepak lemas dalam tasik, dipercayai cuba ambil bola Pemain bola sepak lemas dalam tasik, dipercayai cuba ambil bola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547000138_PolisDirajaMalaysi.jpg)
Pemain bola sepak lemas dalam tasik, dipercayai cuba ambil bola
Mangsa, dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim, 26 tahun, ditemui kira kira jam 2.35 pagi ini.
![Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513801669_950x600.jpg)
Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba
Pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal.
![Arus deras: Enam kanak-kanak antara 20 mangsa diselamatkan Arus deras: Enam kanak-kanak antara 20 mangsa diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71445214058_SungaiChiling.jpg)
Arus deras: Enam kanak-kanak antara 20 mangsa diselamatkan
Kesemua mereka sedang berkelah di tebing sungai berkenaan secara tiba-tiba arus sungai menjadi deras.