Pemain daripada empat pasukan yang layak menerima bayaran tunggakan gaji sudah menerima wang masing-masing daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), dalam kenyataan pada Sabtu, memaklumkan bahawa pemain tersebut adalah daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), MOF FC, Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Terengganu City FC.
PFAM berkata, pemain yang sudah menerima bayaran ini adalah mereka yang membuat laporan dan telah mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Status FAM.
Badan induk berkenaan, yang mewakili pemain di negara ini, memaklumkan pemain pasukan Marcerra United dan Hanelang FC dijangka akan menerima bayaran masing-masing awal tidak lama lagi.
Justeru, PFAM berterima kasih kepada FAM yang banyak bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun lepas.
Pada masa yang sama, PFAM turut berharap masalah tunggakan gaji yang melanda pemain beberapa pasukan lain seperti Kuantan FA, Pulau Pinang, Perlis dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Bantuan dan kerjasama daripada pihak FAM dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) amat diharapkan bagi menyelesaikan masalah ini, dan PFAM percaya semuanya sedang berada di landasan yang tepat ke arah jalan penyelesaian," jelas PFAM.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, sebelum ini, memaklumkan badan induk itu telah menjelaskan tunggakan gaji lima pasukan Liga Malaysia yang berjumlah RM1,178,600 menerusi wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang FAM.
Bayaran tunggakan gaji bagi pasukan PDRM dilaporkan telah dikreditkan terus ke akaun pemain berkenaan pada 19 Feb lepas, Felcra FC, MOF FC dan Kelab Sukan DBKL FC (5 Mac), manakala Terengganu City FC pada 7 Mac.
Tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tiga lagi pasukan iaitu Felda United, Hanelang FC dan Marcerra United yang berjumlah RM1,339,359.40 sedang dalam proses pembayaran dan dijangka dapat dikreditkan terus ke akaun pemain yang terlibat dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2019

Stuart Ramalingam, sebelum ini, memaklumkan badan induk itu telah menjelaskan tunggakan gaji lima pasukan Liga Malaysia yang berjumlah RM1,178,600. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kelantan United tidak culas bayar gaji pemain
Usaha itu memperlihatkan komitmen pengurusan kelab dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Palsu bayaran gaji peneroka, bekas penyelia Felda dipenjara dan didenda
Perbuatan tertuduh terbongkar selepas ibu pejabat Felda menerima aduan terdapat peneroka tidak menerima gaji.

Isu gaji: KFA buat Aidil Sharin tertanya-tanya
Ia berdasarkan kekeliruannya apabila pihak KFA dikhabarkan masih mahu berunding mengenai baki pembayaran gaji yang masih tertunggak itu.

Pengurusan baharu Kafa diminta ambil perhatian kebajikan pemain, jurulatih Kelantan
Nasib pemain perlu dibela kerana rata-rata masih tidak menerima bayaran gaji dalam tempoh hampir tiga bulan.

Pemain dari empat pasukan sudah terima bayaran tunggakan gaji - PFAM
Pemain yang sudah menerima bayaran ini adalah mereka yang membuat laporan dan telah mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Status FAM.