KUALA LUMPUR: Pemain industri pakej haji berharap kerajaan Arab Saudi dapat meningkatkan kuota untuk rakyat Malaysia mengerjakan ibadah haji di negara itu melebihi 32,000 jemaah sebelum ini.
"Tahun ini diharapkan ada dan disertai dengan penambahan kuota sedia ada (32,000). Itulah harapan semua orang. Pemain industri berkenaan pakej haji dan umrah terasa (impak) ketiadaan jemaah selama tiga tahun iaitu pada 2020, 2021 dan tahun ini.
"Jika sudah tiga tahun tertunggak yang melibatkan jumlah lebih kurang 90,000 jemaah dan jika kuota 32,000 seperti biasa (sebelum COVID-19) maka ramai lagi akan tertunda dan lambat untuk menyelesaikan tunggakan jemaah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Ruzman berkata demikian pada sesi taklimat agensi pelancongan umrah dan haji negara oleh Kementerian Luar Arab Saudi di Malaysia di sini hari ini.
Taklimat tersebut melibatkan pengenalan aplikasi baharu yang akan dilancarkan esok bagi memudahkan proses jemaah umrah dan haji serta mempercepatkan operasi Imigresen Arab Saudi di Jeddah dan Madinah serta Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
Ahmad Ruzman berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad kini sedang berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja dan berharap dapat membawa pulang berita baik kepada jemaah negara.
Mengenai sesi taklimat melibatkan 106 agensi umrah dan haji Malaysia hari ini, Ahmad Ruzman berkata, ia diadakan bagi memudah cara pengendalian jemaah yang akan berkunjung ke Arab Saudi untuk ibadat umrah atau haji.
Beliau berkata, dengan pengenalan aplikasi tersebut, syarikat yang terlibat dengan umrah dan haji akan dapat memanfaatkannya dan menambah baik pengendalian jemaah Malaysia sedia ada. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Pemain industri pakej haji berharap kerajaan Arab Saudi dapat meningkatkan kuota untuk rakyat Malaysia mengerjakan ibadah haji di negara itu melebihi 32,000 jemaah sebelum ini. - Gambar fail REUTERS
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.

Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.

Malaysia mohon tambahan kuota Haji - Mohd Na'im
Perkara itu disampaikan semasa pertemuan beliau bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, pada Isnin.

Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.

TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.

Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.

Malaysia hasrat tambah kuota haji tahun hadapan - Menteri Agama
Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.

Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.