KUALA LUMPUR:Pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit COVID-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif pandemik tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Allahyarham sebelum ini adalah negatif.
"Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain," menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.
Tular di media sosial sejak semalam tentang pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit C0VID-19 ke sebuah hospital di Perak.
Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.
Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020

Pemandu ambulans itu dalam keadaan terbaring serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan. - Gambar tular/Media sosial

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pemandu ambulans dan anak maut, kemalangan di Jalan Gua Musang - Jeli
Kenderaan mangsa dipercayai masuk ke laluan lori yang membawa muatan kayu dari arah bertentangan ketika melalui jalan berselekoh.

Hanya sedar jadi mangsa Macau Scam selepas hampir 3 minggu
Seorang pemandu ambulans kerugian lebih RM21,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan 'tunggakan' cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak wujud pada 27 Jun lalu.

Pemandu kakitangan KKM maut dalam kemalangan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.

Pemandu ambulans meninggal dunia selepas hantar pesakit disahkan negatif COVID-19 - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Allahyarham sebelum ini adalah negatif.

Ambulans terbalik, pemandu mati tersepit dalam nahas di Bagan Serai
Kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menghantar pesakit di Sungai Petani, Kedah.

Pilunya, isteri mengidam mesej suami tapi...
Tetapi sedihnya, pesanan itu tidak dibaca kerana suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Tiga 'mat rempit' mengaku salah cederakan penjawat awam
Muhammad Norafrani Azmi, 20, Abdul Aziz Md Desa, 24, dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun membuat pengakuan itu setelah pertuduhan ke atas mereka dibacakan.

Tiga mat rempit belasah pemandu ambulans dikenal pasti - Polis
Polis kenal pasti tiga mat rempit yang dipercayai membelasah pemandu ambulans berhampiran Plaza Tol Taiping Utara di Lebuhraya PLUS semalam.

Mat rempit belasah pemandu ambulans, keluarga serah suspek
Keluarga sekumpulan mat rempit yang disyaki telah membelasah seorang pemandu ambulans akan menyerahkan suspek kepada pihak polis bagi membantu siasatan.