IPOH: Menggunakan telefon bimbit dan melanggar lampu isyarat merah antara perbuatan tidak bertanggungjawab pemandu bas ekspres yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sempena Op Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022.
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, kesalahan itu dikesan hasil penyamaran sebagai penumpang bagi perjalanan bas ekspres dari Ipoh menghala selatan dan utara dalam tempoh empat hari sehingga Jumaat.
Menurutnya, dalam tempoh itu, sebanyak 12 kes pelbagai kesalahan dapat direkodkan melibatkan enam pemandu bas lain-lain syarikat.
"Menerusi operasi penyamaran ini, kita turut mengesan beberapa kesalahan lain dilakukan pemandu bas termasuklah leka berbual ketika memandu, merokok, meludah dan menggunakan lorong kanan secara berterusan.
"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh mengancam keselamatan dan mengundang bahaya kepada penumpang," katanya dalam sidang akhbar sempena Op HRAA 2022 negeri Perak di hadapan Institut Memandu Sri Perak dekat Meru Raya di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, kesemua enam pemandu bas yang terlibat berusia antara 35 hingga 40 tahun itu telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Katanya, notis saman serta-merta juga telah dikeluarkan ke atas pemandu dan syarikat bas yang terlibat.
"JPJ Perak telah menggerakkan empat pasukan bagi tugasan penyamaran ini ke perjalanan bas ekspres seluruh negara.
"Mereka akan catat bersama bukti bergambar di kilometer mana kesalahan itu dilakukan sebelum tindakan diambil sebaik sahaja bas tiba di destinasi," katanya.
Op Hari Raya Aidiladha 2022 dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula 7 dan 8 Julai serta 12 dan 13 Julai.
Sementara itu, Mohammad Yusoff berkata, sepanjang dua hari operasi, sebanyak 631 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang didapati tidak mematuhi undang-undang jalan raya.
Jelasnya, daripada jumlah itu, kesalahan tidak memiliki lesen memandu merekodkan saman tertinggi iaitu 201 kes.
"Hasil pemeriksaan kita dapati, kalangan orang tua pun ada yang memandu tanpa lesen.
"Kesalahan begini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka perlu sedar untuk menggunakan kenderaan dan kemudahan jalan raya, perlu ada lesen memandu," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 09 2022

Penyamaran sebagai penumpang bas oleh JPJ Perak berjaya mengesan 12 kesalahan dilakukan pemandu bas sempena Op HRAA 2022. Gambar kanan: Mohammad Yusoff. - Foto Sinar Harian

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.

Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.

Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.

Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.

Pesara bank rugi RM1.44 juta akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai MCMC'.

Lapor jika ada akaun media sosial salah guna nama Agong, Raja Permaisuri
Penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas yang ditetapkan.

Aidilfitri: JPJ rancang strategi, operasi pastikan bas selamat
JPJ Selangor melaksanakan 843 pemeriksaan di terminal bas di Seksyen 17, di sini dan Jalan Reko, Bangi, sepanjang 18 hari Ramadan.

CyberSecurity keluar amaran aktviti menyamar, tipu melalui akaun WhatsApp
Penipu guna teknik melibatkan kandungan teks yang mendakwa mangsa berada dalam situasi bahaya dan memerlukan bantuan atau pinjaman kewangan.

Polis terima laporan akaun Facebook palsu guna nama Che' Puan Besar Khaleeda
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan penyamaran akaun Facebook yang menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam, semalam.

Bursa Malaysia beri amaran mengenai penyamaran sebagai 'pengurusan bursa' di media sosial
Terdapat peningkatan dalam bilangan halaman dan iklan tajaan di Facebook yang menggunakan nama serta gambar CEO Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.

KPDNHEP guna teknik penyamaran pantau harga tidak munasabah di premis makanan
Terdapat rungutan oleh pengguna mengenai harga makanan yang tidak diturunkan meskipun harga bahan mentah seperti ayam kini jauh lebih murah.