KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengarahkan syarikat bas yang terbabit dalam isu pemandunya bertindak kasar terhadap seorang penumpang, untuk menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.
"APAD sekali lagi ingin menegaskan pendirian untuk tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pengusaha dan pemandu perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berupaya menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan pengangkutan awam darat," menurut kenyataan itu.
APAD mengeluarkan kenyataan itu susulan insiden seorang pemandu bas perkhidmatan awam yang bertindak kasar terhadap seorang penumpang di Johor Bahru, Johor.
Dalam rakaman video berdurasi 50 saat yang tular menerusi media sosial baru-baru ini memaparkan pemandu bas henti-henti itu telah memarahi dan bertindak kasar terhadap seorang penumpang wanita sebelum menghalau keluar penumpang terbabit.
APAD memaklumkan pihaknya ingin mengingatkan mana-mana syarikat untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dalam memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, peringatan tegas juga diberikan kepada semua pengusaha dan pemandu perkhidmatan agar sentiasa mengamalkan etika kerja yang profesional dan berhemah.
"Sebarang ketidakpatuhan perkhidmatan akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan yang dikuatkuasakan. Orang ramai juga dinasihatkan untuk bertenang dan tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.
"Sebarang aduan tentang perkhidmatan pengangkutan awam boleh disalurkan melalui saluran aduan rasmi yang disediakan oleh syarikat mahupun pihak kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.