SLIM RIVER: Pemandu lori tangki yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan dua remaja perempuan maut dalam nahas di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Mac lalu, didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Khairun Neesha Raj Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh P. Yuaraj, 30, mengaku bersalah.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang berasal dari Rantau, Negeri Sembilan itu didakwa memandu lori tangki jenis Volvo, tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu dengan cara telah membuat pusingan U di jalan yang tidak dibenarkan membuat pusingan U.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 121 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, arah utara, di dalam daerah Muallim, kira-kira jam 10.58 malam, 29 Mac lepas.
Dia didakwa dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh juga dipenjara selama tempoh tidak lebih 12 bulan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Amani Williams-Hunt.
Tertuduh membayar denda tersebut.
Pada 30 Mac lalu, media melaporkan dua remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori tangki di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara dekat sini, sehari sebelumnya.
Dalam kejadian berhampiran dengan Kampung Kelawar itu mangsa maut dikenali sebagai Mimi Nurwaheeda Nor Kamar Hisham, 19, bersama pembonceng Nur Nabila Rosdi, 19.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 17 2023

Pada 30 Mac lalu, dua remaja perempuan dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori tangki di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara. - Fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemandu buat pusingan U sebabkan nahas dua remaja maut, didenda RM7,000
Pemandu lori tangki yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan dua remaja perempuan maut dalam nahas di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Mac lalu, didenda RM7,000.

Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.