KOTA BHARU: Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.
Pemandu yang memiliki darah jenis B itu berkata, dia mula menderma darah sejak berusia 18 tahun dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan atau imbuhan.
"Biasanya saya melakukannya di Hospital Raja Perempuan Zainab II selain di lokasi lain anjuran pelbagai pihak.
"Sebagai rakyat Malaysia saya juga mahu berbakti kepada negara mengikut kapasiti dan kemampuan diri sendiri sekali gus akan terus menderma selagi saya sihat," katanya selepas menerima anugerah itu pada Program Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024 Peringkat Negeri Kelantan, di sini, pada Jumaat.
Anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad.
Seorang lagi penderma darah, Mohd Sanusi Jusoh, 60, berkata, selain didorong oleh rasa tanggungjawab kepada masyarakat dia berharap sumbangannya itu dapat membantu menyelamatkan nyawa.
Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sudah menderma darah sebanyak 108 kali sejak 2005.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, Kelantan merekodkan lebih 30,000 penderma darah pada tahun lepas sekali gus mencapai kadar pendermaan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Daripada jumlah itu, 16,909 adalah penderma di Hospital Raja Perempuan Zainab II, manakala 10, 674 lagi daripada seluruh hospital daerah di negeri ini.
"Kecenderungan ini menunjukkan petanda baik dalam usaha memastikan bekalan darah mencukupi bagi menampung keperluan sembilan hospital di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.
Kelantan memerlukan kira-kira 150 beg darah sehari dan setakat ini JKNK tidak mempunyai masalah bekalan darah
"Bagi tahun ini hingga Jun lepas seramai 13,816 penderma tampil menderma darah di negeri ini. Berdasarkan pencapaian ini, kita jangka berjaya mencapai sasaran sama seperti tahun lepas," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Kelantan memerlukan kira-kira 150 beg darah sehari dan setakat ini JKNK tidak mempunyai masalah bekalan darah. - Gambar hiasan/Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.

Pemandu e-hailing terima anugerah penderma darah terbanyak
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.

Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.

Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan
Orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.

Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.

Derma darah penting untuk selamatkan nyawa
Pemindahan darah perlu untuk mengekalkan fungsi organ, pertumbuhan dan kesihatan, serta membolehkan pesakit meneruskan kehidupan.

Ong anggap derma darah cara bersedekah
Bapa kepada seorang cahaya mata itu pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.

Kadar derma darah: KKM sasar 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi menjelang 2030
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi, menyasarkan kadar pendermaan darah negara 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi penduduk, menjelang tahun 2030.

Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.

Gempa bumi Turkiye, Syria: Penduduk Palestin derma darah untuk mangsa
Bertemakan "One Body", kempen sehari itu "menghantar mesej kasih sayang dan keamanan untuk semua."