Pemandu Gojek yang mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini, turut mengumpul wang bagi membiayai perbelanjaan pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail ke Jakarta.
Lebih 400 pemandu Gojek mengadakan bantahan secara aman di luar kedutaan bagi membantah kenyataan Shamsubahrin sebelum ini yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.
Berdasarkan satu video yang viral di Indonesia baru-baru ini, Shamsubahrin Ismail membuat kenyataan yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.
"Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tak keluar, keluar negara untuk cari kerja. Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta," menurut petikan video itu.
BACA: Dakwaan hina Indonesia, pengasas Big Blue Taxi mohon maaf
Jurucakap pemandu Gojek itu, Theresia Ismiyanti berkata mereka mahu Shamsubahrin ke Jakarta dan memohon maaf secara terbuka kepada pemandu Gojek.
Dalam demonstrasi itu mereka turut mengumpul wang dalam kalangan pemandu Gojek, untuk diberikan kepada Shamsubahrin untuk biaya kosnya ke Jakarta.
Pada 30 Ogos lepas, Gabungan Aksi Roda Dua Indonesia (Garda) menyatakan penerimaan permohonan maaf mereka terhadap kenyataan Shamsubahrin itu.
Ketua Garda, Igun Wicaksono berkata mereka telah mengemukakan "surat pernyataan" itu diserahkan kepada pihak kedutaan Malaysia di Jakarta, dalam pertemuan bersama pegawai kedutaan yang diketuai Atase Polis Malaysia di Indonesia, Abu Bakar Yaacob.
BACA: Pemandu Gojek ancam kepung Kedutaan Malaysia berikutan video penghinaan tular
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019

Jurucakap pemandu Gojek itu, Theresia Ismiyanti berkata mereka mahu Shamsubahrin ke Jakarta dan memohon maaf secara terbuka kepada pemandu Gojek. - Gambar fail

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Pemandu Gojek kumpul wang untuk biayai Shamsubahrin ke Jakarta
Lebih 400 pemandu Gojek mengadakan bantahan secara aman di luar kedutaan bagi membantah kenyataan Shamsubahrin sebelum ini yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

#Teksi4.0: Nilai siapa bantu siapa - Nancy
Pemandu teksi sepatutnya boleh menilai pihak manakah yang sebenarnya membantu mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik - Shamsubahrin
"Ibarat anak tiri," itu gambaran jelas yang dizahirkan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail terhadap nasib yang ditanggung majoriti pemandu teksi di negara ini.