KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil individu yang memandu kenderaan melawan arus di Bulatan Cheras di sini pada Ahad untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 8.28 malam sebelum tular di TikTok.
Menurutnya, rakaman berdurasi satu minit 28 saat itu menunjukkan satu kemalangan membabitkan dua kenderaan apabila salah satu kenderaan dipandu secara melawan arus.
"Individu yang terbabit dalam kemalangan itu sudah dikesan dan dipanggil hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee bagi melengkapkan siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 13 2021

Rakaman yang tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan melawan arus di Bulatan Cheras di sini pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.

Polis kesan pemandu lawan arus hingga langgar kenderaan lain
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memandu melawan arus sehingga melanggar beberapa buah kenderaan lain dan menyebabkan lima mangsa cedera di Jalan Chain Feri semalam.

Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras sudah dipanggil polis
Rakaman berdurasi satu minit 28 saat itu menunjukkan satu kemalangan membabitkan dua kenderaan apabila salah satu kenderaan dipandu secara melawan arus.

Pemandu Axia sanggup lawan arus di lebuhraya PLUS, untuk balik kampung sambut Deepavali
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang semalam.