GUA MUSANG: Seorang pemandu lori ais dan kelindannya mendakwa terserempak dengan harimau belang ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit Meranto, di sini, semalam.
Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dia yang sedang memandu ditemani Mohd Amir Saari, 25, ternampak haiwan itu ketika dalam perjalanan pulang dari Jeli menuju ke Gua Musang.
"Sebelum itu, waktu pagi saya sudah pun melihat kelibat harimau itu di atas jalan, tetapi hanya sempat mengambil gambar ... pada petangnya saya sempat merakam video dan berkongsi maklumat itu kepada penduduk melalui aplikasi WhatsApp," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini.
Che Fiti Zulhilmi yang berkongsi video berkenaan kepada penduduk setempat meminta pengguna jalan raya lain berwaspada ketika menggunakan laluan berkenaan, turut berharap rakaman itu mendapat perhatian pihak berwajib agar dapat mengambil tindakan drastik demi keselamatan penduduk di kawasan terbabit.
"Saya harap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat menangkap pak belang ini kerana bimbang kehadiran haiwan ini akan menyebabkan kemalangan sekiranya pemandu yang menggunakan laluan ini terkejut dan tidak sempat mengelak.
"Saya dapat melihatnya sebanyak dua kali dalam hari yang sama di jalan utama dari Gua Musang ke Jeli dan tidak mustahil haiwan itu akan muncul semula dan mungkin akan mengakibatkan bahaya kepada penduduk," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata pihaknya telah menerima aduan berkenaan kejadian yang telah tular itu.
"Pihak kami telah ke tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
![Pemandu lori ais terkejut lihat 'pak belang' di laluan Gua Musang-Jeli Pemandu lori ais terkejut lihat 'pak belang' di laluan Gua Musang-Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695786313_TBPakBelang.jpg)
Seorang pemandu lori ais dan kelindannya mendakwa terserempak dengan harimau belang ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit Meranto, Gua Musang, Kelantan, semalam. - Gambar BERNAMA
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Pemandu lori ais terkejut lihat 'pak belang' di laluan Gua Musang-Jeli Pemandu lori ais terkejut lihat 'pak belang' di laluan Gua Musang-Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695786313_TBPakBelang.jpg)
Pemandu lori ais terkejut lihat 'pak belang' di laluan Gua Musang-Jeli
Che Fiti Zulhilmi Che Leh mendakwa terserempak dengan harimau belang dua kali dalam sehari ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit Meranto.
![Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644703205_TBHARIMAUKEDAH.jpg)
Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah
Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan 'pak belang' itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali.
![Penduduk ketakutan bimbang diserang Pak Belang Penduduk ketakutan bimbang diserang Pak Belang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61643840370_PakBelang.jpg)
Penduduk ketakutan bimbang diserang Pak Belang
Keadaan itu menyebabkan mata pencarian penduduk terjejas kerana ada antara mereka tidak keluar ke kebun sejak tiga minggu lalu.
![Pak Belang 'jengah' di balik pagar sekolah Pak Belang 'jengah' di balik pagar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641942610_TBPakBelang.jpg)
Pak Belang 'jengah' di balik pagar sekolah
Perhilitan sedia maklum mengenai penemuan berkenaan dan telah melakukan tindakan awal bagi mengesan haiwan berkenaan.
![Perhilitan beri amaran jangan 'selfie' dengan harimau Perhilitan beri amaran jangan 'selfie' dengan harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552881712_harimau.jpg)
Perhilitan beri amaran jangan 'selfie' dengan harimau
Perhilitan mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri termasuk berswafoto jika terserempak dengan binatang buas.