GURUN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga anggota tentera pada 2 Februari lalu.
Tertuduh, Muhammad Huzaifah Azhari, 31 tahun, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Anis Suraya Ahmad.
Menikut pertuduhan, Muhammad Huzaifah didakwa memandu lori terbabit dalam keadaan berbahaya di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara daerah Kuala Muda sehingga menyebabkan kematian Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30 tahun, Sarjan Rozali Abdull Rani, 39 tahun, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40 tahun, kira-kira jam 10.30 pagi 2 Febuari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan didenda minimum RM5,000 atau maksimum RM20,000.
Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi mengemukakan jaminan sebanyak RM30,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK), Ummi Kalthum Zakaria yang mewakili tertuduh merayu jaminan minimum diberikan dengan alasan anak guamnya menanggung seorang isteri serta dua anak yang masih kecil.
Anis Suraya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung.
Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mac depan sebagai sebutan semula kes.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk tiga lori tentera dan sebuah lori Isuzu di Kilometer 77.5, Lebuhraya Utara Selatan arah utara 2 Februari lalu.
Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Ketiga-tiga anggota berkenaan dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak sedang dalam konvoi membabitkan tiga buah trak menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar Perlis untuk mengambil anggota yang menjalani Eksesais Satria Gagah.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 15 2024
![Pemandu lori didakwa sebabkan kematian tiga anggota tentera Pemandu lori didakwa sebabkan kematian tiga anggota tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707970353_TBkemalanganmaut.jpg)
Muhammad Huzaifah didakwa di Mahkamah Majistret Gurun hari ini kerana memandu lori dalam keadaan berbahaya di KM 77.5 Lebuhraya PLUS arah utara sehingga menyebabkan kematian tiga anggota tentera pada 2 Feb lalu. - Foto Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739511513_mahkamahkangar.jpg)
Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.
![Inisiatif MISI perkasa pemandu lori India Malaysia untuk tingkatkan peluang kerjaya Inisiatif MISI perkasa pemandu lori India Malaysia untuk tingkatkan peluang kerjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739113467_MISI.jpg)
Inisiatif MISI perkasa pemandu lori India Malaysia untuk tingkatkan peluang kerjaya
Program latihan selama tiga hari itu mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap latihan khusus dalam bidang logistik.
![Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737956940_pemanduloriyangt.jpg)
Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.
![Pemandu lori maut rempuh belakang treler Pemandu lori maut rempuh belakang treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737647415_KemalanganMuar.jpg)
Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler di KM132.3 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, pagi tadi.
![Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736398555_TBPEMBUNUHLORI.jpg)
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
![Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.
![Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733295372_tbsembunyiATMpema.jpg)
Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan menyembunyikan mesin juruwang automatik (ATM) emas Public Gold, baru-baru ini.
![Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732419033_TBKEMALANGANBANGSAR.jpg)
Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes lori mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut.
![Polis kesan pemandu lori lawan arus Polis kesan pemandu lori lawan arus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730881416_lorilawanaruske.jpg)
Polis kesan pemandu lori lawan arus
Polis sedang mengesan pemandu lori yang tular memandu melawan arus di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang sehingga menyebabkan kemalangan pada awal pagi Isnin lepas.
![Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.