BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret (Munisipal) Butterworth hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan pemindahan 21 ekor lembu tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Mohd Aidil Abdul Halim, 40 tahun, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memindahkan 21 ekor lembu hidup menggunakan lori bernombor pendaftaran DCD 9845 tanpa mendapat kebenaran bertulis pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa JPV Pulau Pinang.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Bakap Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pada jam 10. 07 malam, 29 Jan lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah perintah 4(1)(a) Perintah Haiwan Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003 yang dibaca di bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 (Akta 647).
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM15,000 mengikut Subseksyen 36 (7) Akta Binatang 1953.
Prosiding dijalankan Pegawai Pendakwa JPV Negeri Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam rayuannya, Mohd Aidil memohon mahkamah meringankan hukuman denda ke atas dirinya dengan alasan perlu menyara keluarga dan membayar insurans pinjaman perumahannya.
Dalam penghakimannya, Noor Farah Hazwani berkata, tertuduh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan hasil jualan ternakan sebanyak RM7,200 dilucuthak.
Tertuduh yang ditemani anak lelakinya menjelaskan bayaran denda yang dikenakan.
Astro Awani
Fri Dec 10 2021

Mohd Aidil (kiri) hadir bersama anaknya (belakang) di Mahkamah Majistret (Munisipal) Butterworth hari ini. - Foto Astro AWANI
Pasukan Khas Tentera Pakistan tumpaskan 33 militan, akhiri krisis tebusan kereta api
Pasukan Khas Tentera Pakistan berjaya menumpaskan 33 militan pemisah Baloch dan menamatkan krisis tebusan kereta api yang berlangsung selama sehari. Insiden ini bermula apabila militan meletupkan landasan kereta api dan menyerang Jaffar Express yang membawa 440 penumpang. Serangan ini mengakibatkan 21 tebusan dan empat anggota keselamatan terkorban. Ketua Menteri Balochistan, Sarfraz Bugti, memuji keberanian pasukan keselamatan yang berjaya menyelamatkan 68 tebusan.
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague menyaksikan kehadiran Rodrigo Duterte untuk perbicaraan atas dakwaan jenayah kemanusiaan berkaitan "perang dadah" yang dilancarkannya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
PM mahu program Kampung Angkat MADANI diperluas
Perdana Menteri berkata, beliau gembira dengan kemajuan Program Kampung Angkat MADANI, yang dimulakan di peringkat kementerian-kementerian, sehingga mencecah angka 44 buah kampung pada tahun 2024, dan akan diperluaskan kepada 200 buah dengan bantuan korporat dan GLC.
Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Seorang lelaki warga emas terima padah apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas bergurau bahawa bagasi rakannya mengandungi bom.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Manchester United rancang bina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk
Firma seni bina yang berpangkalan di London, Fosters Partners dipilih untuk mengetuai projek tersebut.
[TERKINI] Rasuah: Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan pada 10 pagi susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Hina pengadil: Correa digantung lima perlawanan
Pemain antarabangsa Argentina itu dilayangkan kad merah langsung pada minit ke-88 ketika tumpas 1-2 kepada Getafe dalam La Liga.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Pemandu lori didenda RM2,000 pindah lembu tanpa kebenaran
Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah.