KUANTAN: Panik melihat polis menyebabkan seorang lelaki lari meninggalkan lori berisi 7,400 karton rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1.11 juta di jalan utama berhampiran Kampung Padang di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejadian berlaku pada 6.50 pagi ketika Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Kuantan melakukan serbuan ke atas lori tersebut berdasarkan hasil maklumat orang awam.
"Lori itu diparkir di kawasan berhampiran semak dan suspek yang menyedari kehadiran polis meninggalkan kenderaan tersebut dalam keadaan tidak berkunci.
"Serangkai anak kunci di bahagian tengah antara tempat duduk dapat membuka mangga di belakang lori yang kemudiannya menemukan rokok dipercayai diseludup dari negara jiran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Ramli berkata siasatan juga mendapati lori itu menggunakan nombor pendaftaran palsu, iaitu milik lori sebuah kilang plastik di Tebrau, Johor.
Beliau berkata kesemua rokok yang dirampas tersebut dipercayai diseludup bagi pasaran Pahang dan negeri berhampiran dengan nilai jualan sekitar RM7 hingga RM10 sekotak.
Dalam perkembangan lain, Ramli berkata siasatan jenayah rogol untuk tahun ini meningkat kepada 94 kes setakat Oktober lepas, berbanding 84 kes untuk tempoh sama pada 2020.
Daripada 94 kes itu, 21 daripadanya melibatkan kes sumbang mahram manakala empat adalah rogol berkumpulan.
"89 kes tahun ini juga melibatkan remaja bawah 19 tahun dengan majoriti berpunca daripada hubungan seks sukarela sama ada di rumah mangsa atau suspek, selepas berkenalan menerusi media sosial," katanya.
Sehubungan itu, Ramli menasihatkan ibu bapa untuk mengawal dan mengawasi tingkah laku anak sebagai langkah pencegahan selain usaha dilakukan polis dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021

Ramli (tengah) berkata kesemua rokok yang dirampas tersebut dipercayai diseludup bagi pasaran Pahang dan negeri berhampiran dengan nilai jualan sekitar RM7 hingga RM10 sekotak. - BERNAMA

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Aktiviti seludup e-sisa, skrap dilakukan menerusi pengikraran palsu - Kastam
Taktik itu dikesan JKDM membuat pemeriksaan ke atas 336 kontena disyaki mengandungi e-sisa dalam Operasi Khas e-waste di Pelabuhan Klang.

MAQIS Kedah gagalkan cubaan bawa masuk babi, ayam, ikan sejuk beku tanpa permit
Pemeriksaan mendapati hasilan produk babi, ayam dan ikan sejuk beku tersebut tiada permit, sijil kesihatan dan dokumen sah daripada MAQIS.

PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.

Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.

PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.

MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.