Seorang ahli perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan penjaja di Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa pada 22 Mei lalu.
Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Mengikut pertuduhan pertama , dia didakwa berkelakuan tidak senonoh apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis di Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor dan didakwa di bawah Seksyen 90 Akta Polis.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh terhadap penjaja, Norisham Abdul Rashid, 42, Mahadin Senan, 41, dan Baharum Ab Manaf, 61, dengan cara melanggar mangsa menggunakan Toyota Hilux.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan kes.
Sementara itu, seorang lagi tertuduh, wanita Myanmar dipercayai teman wanita tertuduh, Aye Myat Mon, 25, turut didakwa di mahkamah sama kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke negara ini.
Astro Awani
Fri May 29 2020
Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu. - Foto Astro AWANI
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Polis Selangor terima 35 unit pacuan empat roda baharu
Polis Selangor hari ini menerima 35 unit kenderaan baharu pacuan empat roda Toyota Hilux Single CAB 2.4 jenis GS Cargo (4WD GS Cargo).
Pemandu mabuk: Lelaki mengaku tidak bersalah langgar peniaga pasar malam
Seorang ahli perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan penjaja di Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa pada 22 Mei lalu.
Satu maut, dua cedera kemalangan Myvi dan Hilux
JBPM Perak menerima panggilan pada pukul 9.45 pagi berhubung kemalangan itu sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.
Kenderaan bertembung, dua maut, satu cedera
BBP menerima panggilan pada jam 4.09 pagi berhubung insiden itu dan mendapati kedua-dua mangsa dari Perodua Myvi maut di tempat kejadian.
Awas pemilik Toyota Hilux
Polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang disyaki aktif melakukan samun dan cubaan samun menyasarkan Toyota Hilux di sekitar kawasan Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.