KAMPAR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kampar pada Isnin atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penjawat awam, dua minggu lalu.
K Suntharalingam, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret TR Kavita.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta Honda Civic di jalan raya semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan.
Tertuduh tidak berdaya mengawal kenderaan itu hingga menyebabkan kematian Mohd Nazri Sham Aring, 42, di Kilometer 1, Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar dalam daerah Kampar lebih kurang jam 11.45 malam pada 5 Jun lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda maksimum RM100,000.
Timbalan Pendakwa Raya, M Esther Jacyntha menawarkan wang jaminan RM10,000, namun Peguam Baldip Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya sudah berkahwin dan isteri yang sedang sarat mengandung.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan lesennya digantung sementara menunggu pelupusan kes dan tidak dibenarkan keluar dari negeri tanpa kebenaran Ketua Polis Negeri.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Julai depan.
Pada 6 Jun lalu, media melaporkan seorang penjawat awam maut apabila kereta jenis Perodua Viva dipandu dilanggar pemandu disyaki mabuk yang memasuki laluan kenderaannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa yang bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Kampar maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian dada.
Kejadian turut mengakibatkan isteri mangsa berusia 33 tahun cedera ringan manakala anak lelakinya berusia tiga tahun yang berada dalam kereta itu mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 20 2022

Suntharalingam (kiri) mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penjawat awam, dua minggu lalu. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki belasah penjawat awam hingga maut direman tujuh hari
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias.

Pemandu mabuk mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penjawat awam
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta Honda Civic di jalan raya semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan.