Seorang pemandu bas persiaran maut selepas bas yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh dinding bangunan kedai pakaian terpakai dalam kemalangan di persimpangan Jalan Larut/ Hutton di Georgetown pada pagi Rabu.
Dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, mangsa, Lee Kim Thai, 64, dari Parit Buntar meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kemalangan berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan membawa 20 penumpang warganegara China dari sebuah hotel di Jalan Sultan Ahmad Shah menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAPP).
Bagaimanapun, ketika melalui persimpangan jalan berkenaan, bas dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh dinding bangunan kedai itu.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala semua penumpang bas selamat dan tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan ke LTAPP dengan bas lain kerana mahu menaiki penerbangan pulang ke negara asal," kata beliau.
Menurutnya mayat pemandu bas itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bagi menjalani proses bedah siasat.
Sementara itu, polis meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian tampil memberi maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 20 2019
![Pemandu maut bas persiaran yang dipandu rempuh kedai pakaian 'bundle' Pemandu maut bas persiaran yang dipandu rempuh kedai pakaian 'bundle'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574226207_TBBASREMPUH.jpg)
Beginilah keadaan bas persiaran yang merempuh dinding bangunan kedai pakaian terpakai dalam kemalangan di persimpangan Jalan Larut/ Hutton di George Town pada pagi Rabu. - Gambar Polis Diraja Malaysia
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Bas persiaran rempuh treler di Sungai Bakap, 26 cedera termasuk pemandu Bas persiaran rempuh treler di Sungai Bakap, 26 cedera termasuk pemandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736826503_baspersiara.jpg)
Bas persiaran rempuh treler di Sungai Bakap, 26 cedera termasuk pemandu
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.16 pagi sewaktu bas yang membawa rombongan dari Seremban sedang dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani.
![MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731665747_TBTiongKingSing.jpg)
MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong
Tiong berkata, beberapa kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.
![43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler 43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731118103_bombabaspersiaran.jpg)
43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler
Bas persiaran tersebut membawa anggota rombongan seramai 41 orang dari Melaka ke Kedah.
![Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721460537_pemandubas.jpg)
Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja
Seorang pemandu bas persiaran ditahan kerana positif ganja dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Sabtu.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
![Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719637275_baspersiaran.jpg)
Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands
Dua lelaki itu maut akibat mengalami kecederaan di kepala, mayat dihantar ke Hospital Bentong, Pahang.
![Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718691433_baspersiaran.jpg)
Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan
MATTA mencadangkan peruntukan 3,000 liter kuota sebulan bagi setiap unit subsidi diesel kenderaan kepada pemain industri pelancongan.
![Lima cedera bas persiaran terbabas di Jalan Duta Lima cedera bas persiaran terbabas di Jalan Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718158642_basekspres.jpg)
Lima cedera bas persiaran terbabas di Jalan Duta
Siasatan awal mendapati, bas berkenaan telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke bahu kanan jalan.
![MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622646869_bas.jpg)
MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran
Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi meningkat secara mendadak sekali gus membebankan pengusaha dan memberi impak kepada tempahan awal pelancong.
![Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Lapan mangsa masih dirawat di hospital Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Lapan mangsa masih dirawat di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718014629_baspersiaran.jpg)
Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Lapan mangsa masih dirawat di hospital
Lima mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Segamat (dua), dan satu di pusat perubatan swasta di Melaka.