KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) selepas pemandunya hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian berhampiran Bulatan Segambut di Jalan Kuching menghala pusat bandar di sini pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, pemandu MPV jenis Toyota Innova berkenaan dipercayai cuba untuk mengelak sebuah kenderaan yang membrek secara mengejut.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu seorang lelaki berumur 19 tahun memandu Toyota Innova bersama dengan empat penumpang berusia 20 hingga 14 tahun dari pasar borong Selayang menghala balik ke rumah di Cheras, Kuala Lumpur.
"Semasa melalui Jalan Kuching, tiba-tiba sebuah kenderaan yang berada di hadapan telah membrek secara mengejut. Akibat jarak yang dekat pemandu MPV cuba mengelak ke kiri dan telah berpusing serta terbabas lalu memasuki laluan rel KTM," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 31 2022

Sebuah MPV dipandu remaja berusia 19 tahun hilang kawalan dan terbabas ke dalam landasan KTM di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. - Foto JSPT Kuala Lumpur
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemandu MPV terbabas masuk landasan KTM
Pemandu MPV jenis Toyota Innova berkenaan dipercayai cuba untuk mengelak sebuah kenderaan yang membrek secara mengejut.

Pengsan ketika memandu, pengurus ladang maut dalam perjalanan ziarah saudara sakit
Hasrat seorang pengurus ladang untuk menziarahi saudaranya yang sakit tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika sedang memandu di Kilometer 325.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2).