KUALA LUMPUR: Seorang pemandu e-hailing nyaris maut akibat dikelar lehernya oleh seorang remaja perempuan di Jalan Kovil Hilir, Jalan Ipoh, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian pada 2.55 pagi itu, melibatkan penumpang berusia 16 tahun yang dikatakan enggan membayar tambang berjumlah RM400.
Hasil siasatan mendapati pemandu Grabcar berusia 63 tahun itu mengambil remaja terbabit di Sagil, Tangkak, Johor untuk ke Kovil Hilir, Jalan Ipoh, dengan menggunakan aplikasi Mycar setelah remaja itu bersetuju membayar tambang RM400.
"Setelah sampai ke destinasi, suspek enggan membayar kerana tidak mempunyai wang, dan mangsa membuat keputusan untuk menghantar suspek ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
"Oleh kerana takut, suspek bertindak mengelar leher mangsa menggunakan sebilah pisau lipat dan melarikan diri.
"Suspek juga meninggalkan pisau lipat yang digunakan di dalam kereta mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata pemandu Grabcar itu kemudian memandu menuju ke Balai Polis Sentul untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans, bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Beh berkata bertindak atas siasatan dan risikan rapi, polis menahan remaja yang dipercayai terlibat dalam kes itu di sebuah premis perniagaan di hadapan Maybank Jinjang, pada pukul 4.55 petang Sabtu.
"Suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau. Polis turut merampas telefon bimbit milik suspek.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Seorang pemandu e-hailing nyaris maut akibat dikelar lehernya oleh seorang remaja perempuan di Jalan Kovil Hilir, Jalan Ipoh. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Zakwan didakwa menyebabkan kematian Nurul Asikin pada 6 Disember dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kertas siasatan OKU dipukul anggota pengiring VIP dirujuk kepada TPR - Razarudin
Polis telah memanggil 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel, dan pengawai juruiring kepada orang kenamaan terbabit untuk memberi keterangan berhubung kes.
Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan
Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.
Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di Sibu.
Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN
Razarudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pokok tumbang: Mangsa lelaki dibenar keluar hospital, warga Sweden masih dirawat
Pemandu e-hailing itu dibenarkan keluar jam 6 pagi tadi, manakala penumpangnya yang berusia 72 tahun masih menerima rawatan di HKL.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.
Tujuh individu bebas tuduhan bunuh pemandu e-hailing
Datuk Mat Zaki Md Zain dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuh dan tujuh yang lain daripada pertuduhan membunuh.
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Pengurus hotel mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.