KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Batu 5, Jalan Ipoh di sini Jumaat lepas setelah didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur selepas menjalani ujian saringan air kencing.
Beliau berkata pemandu kenderaan jenis Nissan Sentra berusia 25 tahun itu dipercayai terlelap dan melanggar bahagian belakang lori jenis Hino yang berada di hadapannya dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari.
"Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar belakang sebuah motosikal di lorong sama menyebabkan penunggang motosikal terjatuh. Bagaimanapun, tiada individu cedera dalam kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beh berkata anggota yang tiba di tempat kejadian telah melihat perlakuan dua suspek yang mencurigakan seterusnya membawa kedua-duanya ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menjalani ujian saringan air kencing.
"Hasil pemeriksaan tersebut mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine, Ketamin, Eramin 5, Ampetamin dan ganja," katanya.
Kedua-dua suspek disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Dua lelaki yang menaiki sebuah kereta ditahan kerana disyaki positif dadah. Video tular yang memaparkan keadaan kemalangan tiga kenderaan. - Foto Sinar Harian
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000
Suspek berusia 50 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.
Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish
Enam percakapan saksi telah dirakam, selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan, termasuk penganjur konsert dan rakan mangsa.