Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan sengaja menumbuk dan menyebabkan kecederaan terhadap tiga beradik di kawasan stesen minyak di sini, akhir bulan lepas.
BACA: Pergaduhan di stesen minyak: Polis akan menyiasat kedua-dua belah pihak
Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Sharifah Fara Difla Syed Fareid, 28, Sharifah Fara Afzan, 27, dan Sharifah Fara Ryyana, 24, di Stesen Minyak Petron, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, pada 3.30 petang, 29 Mac lepas.
Azmi, yang juga seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan memerintahkan Azmi melapor diri di balai polis terdekat pada setiap 1 hari bulan.
Insiden pergaduhan pemandu teksi itu dengan sekumpulan wanita menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
Pemandu teksi itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret berasingan iaitu sengaja mengakibatkan kerosakan kereta mangsa, Sharifah Fara Difla jenis Myvi di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Azmi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Ellyana Razali.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ellyana membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin. Kedua-dua kes ditetapkan untuk sebutan pada 23 April ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Parimalaah dan Siti Rohaida Che Hamid sementara tertuduh diwakili peguam Ahmad Mukmin Azmi.
Bernama
Mon Apr 06 2015

Insiden pergaduhan pemandu teksi itu dengan sekumpulan wanita menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Bapa tiga beradik bergaduh dengan pemandu teksi didakwa
Insiden pergaduhan pemandu teksi Azmi Mat Mokhtar dengan anak-anak perempuan Syed Fareid menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Pemandu teksi didakwa tumbuk tiga beradik dan rosakkan kereta
Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan dengan sengaja menumbuk dan menyebabkan kecederaan terhadap tiga beradik.