Seorang pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Khamis atas empat pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian empat sekeluarga termasuk seorang anggota polis, 13 Februari lalu.
Tertuduh, Y Vethri Vel, 26, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sebaik ditanya jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.
Mengikut pertuduhan, Vethri Vel didakwa memandu treler bernombor pendaftaran WUA 5761 dan T/BD6993 di Kilometer 37 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar secara melulu hingga menyebabkan kematian empat individu pada kira-kira jam 10.20 malam, 13 Februari lalu.
Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Faiz Bakhari, 28, Nik Iedayu Nik Hassan, 30, Nik Ifeka Nik Hassan, 27, dan seorang bayi lelaki, Mohamad Faqih Irsyad Mohamad Faiz.
Vethri Vel dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.
Norhabsarina kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Beliau turut menetapkan 23 Mac depan sebagai sebutan semula kes dengan kehadiran seorang jurubahasa.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norlida Ishak.
Dalam kemalangan 13 Februari lalu, Mohamad Faiz yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput maut di tempat kejadian bersama isteri, Nik Iedayu, anak bongsu mereka, Muhammad Faqih Irsyad berusia 16 bulan serta adik ipar, Nik Ifeka.
Nahas membabitkan treler dan kereta jenis Proton Saga BML itu turut mengakibatkan anak sulung mangsa, Muhammad Fariz Iskandar, 3, cedera parah.
Siasatan awal mendapati treler bermuatan bahan binaan yang dipandu dari arah Ipoh itu hilang kawalan sebelum terbabas memasuki jalan bertentangan menyebabkan kereta mangsa tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian tepi treler sebelum dihempap dengan muatan treler.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Feb 20 2020

Tertuduh, Y Vethri Vel, 26, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sebaik ditanya jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob. - Foto BERNAMA

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam
Peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.

Empat ahli keluarga wanita maut dengan kesan jerutan disambung reman
Tempoh reman tiga lelaki dan seorang wanita itu disambung tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

4 sekeluarga maut nahas pesawat kecil di negeri Utah, AS
Pesawat ringan itu terhempas di kawasan terpencil sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Wilayah Canyonlands di Moab.

Empat sekeluarga maut, dua kanak-kanak parah dalam kemalangan di Kulim
Empat sekeluarga maut manakala dua lagi parah selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler.

Nahas maut 4 sekeluarga: Arwah sempat belanja pelanggan di kedai makan - Adik
Hasrat seorang datuk menyambut ulang tahun kelahirannya di Pulau Langkawi berakhir tragedi apabila terkorban bersama tiga lagi ahli keluarganya dalam kemalangan awal pagi tadi.

4 sekeluarga maut dalam perjalanan ke Langkawi sambut hari jadi 'atuk'
Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam, Machap Melaka.

Pemandu terbabit kemalangan maut empat sekeluarga akan ditahan selepas terima rawatan - Polis
Lelaki berusia 27 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas cedera ringan akibat kemalangan tersebut.

Empat sekeluarga maut kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar
Kesemua mangsa yang menaiki MPV jenis Hyundai Starex dilaporkan dirempuh pacuan empat roda Toyota Hilux yang hilang kawalan.

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian empat sekeluarga
Tertuduh, Y Vethri Vel, 26, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sebaik ditanya jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Empat sekeluarga maut dirempuh treler: "Saya dah siapkan lauk-pauk nak sambut mereka..."
Jamilah Yahya, 76, menahan hiba apabila menerima khabar anak dan cucu yang sepatutnya berkunjung ke rumah, tidak sampai ke destinasi.