Pemandu van sekolah, Mohd Izhharuddin Nordin, yang bakal melangsungkan perkahwinan kira-kira dua minggu lagi, maut ditumbuk seorang lelaki di Jalan Sungai Udang, Teluk Pulai, di sini semalam.
Mohd Izhharuddin, 24, meninggal dunia selepas ditumbuk seorang lelaki berumur 29 tahun, pada 7 malam selepas dia dikatakan gagal mengambil anak saudara suspek dari sekolah agama di Jalan Hasan di sini.
Sebelum kejadian, mangsa mengambil beberapa pelajar dari sekolah agama berkenaan dan dikatakan telah meninggalkan anak saudara suspek kerana menyangka pelajar itu balik ke rumah lebih awal.
Suspek dikatakan tidak berpuas hati dan menahan van itu. Berlaku pertengkaran, dan suspek menumbuk Izhharuddin yang duduk di bahagian pemandu.
Tunang mangsa, Siti Umi Kalthum Md Sopian, 32, guru KAFA Integrasi Nurul Ain, Teluk Gadong, di sini berkata: "Semasa itu saya berada di rumah. Kakak saya beritahu dia terlihat van sekolah yang dipandu tunang saya berada di tepi jalan dan orang sedang mengerumuni kenderaan itu.
"Kakak saya kemudian beritahu, tunang saya ditemui berada dalam keadaan tidak sedar dalam van tersebut. Dia kemudian memaklumkan bahawa tunang saya itu telah meninggal dunia," katanya.
Siti Umi Kalthum terkilan kerana hari bahagianya yang berlangsung pada 20 Feb ini, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan sebahagian kad jemputan juga telah dihantar terutama untuk kenduri di pihak lelaki.
"Dia (Mohd Izhharuddin) begitu teruja dan tidak sabar menunggu hari perkahwinan kami. Saya juga ada belikan dia sehelai jubah (putih krim) yang sepatutnya dipakai arwah semasa kenduri di rumahnya nanti iaitu pada 28 Feb," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Delek di sini hari ini.
Ibu mangsa, Haniza Ahmad, 48, ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anak kedua daripada lapan beradik itu.
"Arwah sudah beli beberapa barang hantaran seperti baju, al-Quran dan sejadah sebagai hantaran.
"Dia seorang anak yang baik dan tidak pernah membantah cakap ibu bapa, malah dia juga seronok dengan kerjayanya sebagai pemandu van sekolah yang diwarisi daripada ayahnya (Nordin Mat)," kata Haniza.
Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan reman suspek lelaki tersebut selama seminggu bermula hari ini.
Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bernama
Thu Feb 04 2016

Mohd Izhharuddin (gambar) meninggal dunia selepas ditumbuk seorang lelaki berumur 29 tahun, pada 7 malam selepas dia dikatakan gagal mengambil anak saudara suspek dari sekolah. -Gambar Facebook Mohd Izhharuddin Nordin

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh akui pukul, tendang mangsa kerana kecewa
Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama erana kecewa dengan perbuatannya.
Anak kelahiran malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
Usaha memperkukuh penggunaan identiti digital di Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia khasnya melalui integrasi Mydigital ID dalam platform Mytax dan Mystr.
Pengeluaran getas asli negara turun pada Januari 2025
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan pada Disember 2024.
TERKINI] Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai - Ismail
[TERKINI] Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai - Ismail
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga selesai.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga selesai.

Tiga pemain warisan dijangka tiba minggu hadapan - Cklamovski
Skuad Harimau Malaya menerima perkhabaran positif apabila tiga pemain warisan dijangka tiba minggu hadapan sebelum aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal 25 Mac ini.
Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Pegawai penyiasat menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) suapaya menyelesaikan masalah dengan segera.
Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa Zayn Rayyan tak mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dan memilih untuk dibicarakan.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.

'Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai' - Ismail Sabri
Ismail Sabri menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga siasatan selesai.

Pemandu van sekolah maut ditumbuk, dua minggu sebelum majlis perkahwinan
Mohd Izhharuddin, 24, meninggal dunia selepas ditumbuk seorang lelaki berumur 29 tahun, pada 7 malam selepas dia dikatakan gagal mengambil anak saudara suspek dari sekolah agama di Jalan Hasan di sini