KUCHING: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Isnin bagi lawatan lima hari ke Sarawak.
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.
Turut hadir menyambut ketibaan Tengku Hassanal ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datuk Buckland Bangik serta beberapa tetamu kenamaan lain.
Sepanjang lawatan kerja di bandar raya ini, baginda dijadualkan berangkat melawat ke beberapa lokasi termasuk Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh.
Tengku Hassanal juga dijangka berkenan melawat Muzium Kebudayaan Borneo di sini esok sebelum berangkat ke Majlis Santapan Malam di sebuah hotel terkemuka di sini yang akan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Astro Awani
Mon Jan 15 2024

Tengku Hassanal dijadualkan berangkat melawat ke beberapa lokasi termasuk PETROS, Menara SEB dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh. - Gambar ihsan Ukas.
Pempengaruh antarabangsa kongsi kegembiraan bersama penduduk Pulau Bum-Bum
Beberapa pempengaruh antarabangsa berkunjung ke Pulau Bum-Bum bagi merasai pengalaman berpuasa selain berkongsi kegembiraan bersama penduduk menerusi inisiatif Changemakers 2025 MyFoundation.
Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata penggantungan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dalam parti itu yang diumumkan sebelum ini adalah sah dan rasmi.
Program Ketuk Sahur tingkat perpaduan antara kaum
Sebanyak 250 buah rumah akan dikunjungi dalam Program Ketuk Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka termasuk rumah penduduk bukan Islam.
Jentera UMNO guna pendekatan lebih sistematik hadapi PRN-17
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed optimis tahap kesiapsiagaan umno sabah juga kini sudah di tahap yang memuaskan dan bersedia untuk bertarung dengan mana-mana parti pada
APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya rampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi tanpa permit di percayai cuba di seludup ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, Selasa lepas.
Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Treler alami masalah brek, dua pemandu berdepan detik cemas
Ketika kejadian, treler terbabit membawa muatan simen dari Batu Gajah ke Genting Highlands.

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.

Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.

Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Telatah Seduku, seekor orang utan menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.

Pemangku Raja Pahang berangkat tiba di Kuching untuk lawatan selama lima hari
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.

Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.

Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.

COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.

Pemangku Raja Pahang kurnia darjah kebesaran, pingat Pahang kepada 198 penerima
Pemangku Raja Pahang,berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.