PEKAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kejadian buli mesti segera ditangani oleh pihak berkaitan serta memastikan persekitaran sekolah adalah selamat.
Baginda turut menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan beberapa kejadian buli seperti yang dilaporkan berlaku di Pahang baru-baru ini.
Baginda juga bertitah, agar ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan ingatan dan nasihat kepada anak-anak supaya tidak terlibat dengan aktiviti membuli seperti yang didakwa berlaku di daerah Rompin, Maran dan Lipis.
Tengku Hassanal juga meminta pentadbir sekolah lebih kerap mengadakan program-program berbentuk kesedaran, keagamaan dan pendidikan sivik bertujuan menerapkan nilai-nilai positif dalam diri setiap pelajar.
"Pentadbir sekolah perlu kerap mengadakan program program kesedaran, keagamaan, dan pendidikan sivik untuk menerapkan nilai positif dalam diri setiap pelajar," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.
Semalam, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan polis menerima tiga laporan polis, antara 6 dan 10 Disember lepas, daripada mangsa buli yang mendakwa dipukul pelajar senior atas pelbagai alasan sehingga mengalami lebam dan bengkak.
Sehingga kini polis Pahang mengesahkan belum melakukan sebarang tangkapan berkait kes buli tersebut dan siasatan kesemua kes tersebut masih lagi berjalan.
Astro Awani
Tue Dec 14 2021

Tengku Hassanal juga meminta pentadbir sekolah lebih kerap mengadakan program-program berbentuk kesedaran, keagamaan dan pendidikan sivik. - Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tengku Mahkota Pahang murka kenyataan hasutan dibuat Muhyiddin, gesa polis siasat
Kenyataan Muhyiddin tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lima ekor Harimau Malaya mati dalam tempoh kurang dua tahun
Lima ekor Harimau Malaya dilaporkan mati termasuk menjadi mangsa dalam insiden jalan raya dalam tempoh kurang dua tahun sejak 2023 sehingga kini.

Jangan terperdaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal - Kesultanan Pahang
Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.

Jangan main isu politik yang pecah belahkan rakyat - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal bertitah parti politik hanyalah 'halaman' kepada amalan demokrasi kepada pentadbiran negara dan negeri.

Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.

COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.

Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Agong berkenan solat Jumaat di Masjid Jame' Asar Hassanil Bolkiah
Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tengku Hassanal zahir penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan bantu Pahang
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Dat