KUALA LUMPUR: Pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini.
Demikian tegas penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Jelasnya, beliau percaya kajian secara teliti telah dijalankan oleh semua pihak terutama kerajaan sebelum keputusan dibuat.
"Pemansuhan ini ada dua makna pertama, sama ada hukuman mati itu dimansuhkan atau perkataan mandatori itu yang dimansuhkan.
"Jadi kita harus tahu apa pun pemansuhan ini, telah dikaji secara teliti dan sudah tentu ada kesan limpah terhadapnya.
"Mengambil kira faktor itu pada pandangan saya tidak relevan terhadap isu pertambahan kes kerana isunya di sini berkaitan pengurusan banduan," katanya.
Tambah Kamal lagi, meskipun hukuman gantung mandatori itu dimansuhkan, namun hukuman gantung masih boleh dilaksanakan mengikut budi bicara mahkamah.
"Dari konteks membasmi jenayah, kita harus akur walau apapun bentuk hukuman, kes jenayah seperti pengedaran dadah, pembunuhan tetap akan berlaku seperti sebelumnya.
"Ia tidak mempunyai kesan jika penjenayah telah bertekad untuk melakukan niat jenayahnya," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai tindakan kerajaan itu, beliau percaya ia telah melalui prosedur tadbir urus yang telus dan bukannya desakan sesetengah pihak.
"Berdasarkan amalan lain-lain negara, pemansuhan ini bermakna hukuman tertinggi dikenakan, misalnya, kalau mandatori digugurkan, masih lagi hukuman gantung.
"Tetapi jika tiada perkataan mandatori itu ini bermakna penjara seumur hidup adalah hukuman ganti bagi kesalahan yang berkaitan.
"Saya yakin kerajaan apabila membuat sesuatu keputusan ia telah dilakukan dengan prosedur tadbir urus yang telus dan bukannya berdasarkan desakan atau sengaja mahu melakukan perubahan, jadi kita harus menunggu dan melihat perkembangan lanjut tentang perkara ini," ujarnya.
Fareez Azman
Mon Jun 13 2022
![Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan faktor kes jenayah bertambah - Kamal Affandi Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan faktor kes jenayah bertambah - Kamal Affandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/81453109216_KamalAffandiHashim.jpg)
Kamal Affandi berkata, pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini. - Gambar fail
![China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732314016_TBChinaflag.jpg)
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
![JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738761045_NancyHajiShukri.jpg)
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
agenda 9pm 0502
![Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738760534_TBFADZIL.jpg)
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan faktor kes jenayah bertambah - Kamal Affandi Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan faktor kes jenayah bertambah - Kamal Affandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/81453109216_KamalAffandiHashim.jpg)
Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan faktor kes jenayah bertambah - Kamal Affandi
Pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini.
![Jejak Nora: 'Hutan boleh menjadi sangat mengelirukan' - Penganalisis Jenayah Jejak Nora: 'Hutan boleh menjadi sangat mengelirukan' - Penganalisis Jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51565695494_FBREAKSARDUSUNRESOR.jpg)
Jejak Nora: 'Hutan boleh menjadi sangat mengelirukan' - Penganalisis Jenayah
Pengecaman mayat dalam kes yang terjadi ini, pihak polis akan memberitahu pihak keluarga terlebih dahulu, keluarga akan dibawa masuk.
![Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468055245_CerminGelap.jpg)
Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis
Pemasangan cermin gelap tanpa had pada kenderaan menyumbang kepada peningkatan tahap kesukaran pihak penyelamat dalam misi menyelamat, sekiranya kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan.