KUALA LUMPUR: Pemansuhan keperluan mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Kad Pengembara (Traveller's Card) dalam aplikasi MySejahtera adalah terpakai kepada semua pengembara warganegara dan bukan warganegara tanpa mengira status vaksinasi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan.
"Pemansuhan ini juga bermaksud tiada lagi keperluan menjalani ujian saringan prapelepasan, ujian saringan COVID-19 sewaktu ketibaan dan perintah kuarantin.
"Bagaimanapun, aktiviti pemantauan gejala dalam kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia masih diteruskan dan dipertingkatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemansuhan berkenaan yang berkuat kuasa Isnin lepas diumum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy dilapor berkata kelonggaran itu diputuskan berikutan keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap baik dan terkawal serta bertujuan untuk memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke negara ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata semasa ketibaan di PMA, sekiranya pengembara dikesan mengalami demam melalui pengimbas suhu ataupun didapati tidak sihat melalui rujukan kendiri oleh pengembara, mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan semula oleh pihak kesihatan.
"Selepas penilaian kesihatan dibuat dan sekiranya disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti COVID-19, monkeypox, MERS-CoV atau lain-lain penyakit berkaitan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengembara yang baru tiba dari luar negara hendaklah mengamalkan pemantauan status kesihatan kendiri, mematuhi SOP ditetapkan dan dinasihatkan untuk pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan sekiranya didapati tidak sihat.
"Jika terdapat sebarang permasalahan, sila rujuk laman sesawang MySejahtera https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/ atau hubungi meja bantuan interaktif kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022

Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan. - Gambar hiasan
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
Kes tercekik 'gummy': Hujan renyai iringi pengebumian Mohamd Fahmi
Jenazah murid tahun empat, Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohamda Fakhruddin yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang pada petang Jumaat.
Man Tiger mengaku tidak salah cuba bunuh pasangan suami isteri
Seorang pekerja katering yang dikenali sebagai Man Tiger mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kluang atas dua pertuduhan melepaskan tembakan terhadap sepasang suami isteri.
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak pada Jummaat selesai memberi keterangan di Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan kes ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin yang didakwa mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
AWANI Ringkas: Kes cabul di masjid: Remaja ditahan bantu siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan.

Syarikat penerbangan perlu pasti penumpang ada MySejahtera, kad pengembara
Syarikat penerbangan perlu memastikan penumpang ke Malaysia sudah memuat turun aplikasi MySejahtera dan mendapatkan kad pengembara sebelum berlepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.