KUALA LUMPUR: Pemansuhan subsidi minyak masak sawit kemasan botol 2 kilogram (kg), 3kg dan 5kg yang diputuskan kerajaan dilihat sebagai langkah untuk memastikan lebih banyak bantuan secara terus dan bersasar dapat diberikan kepada golongan yang layak menerimanya.
Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan kerajaan itu, termasuklah keputusan mengekalkan subsidi minyak masak sawit dalam bungkusan plastik, dapat memberi manfaat kepada golongan rentan seperti B40 dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan.
"Kerajaan dalam masa sama turut mengumumkan dana tambahan RM630 juta kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan memanfaatkan seramai 8.6 juta rakyat di negara ini, jadi, bantuan ini mampu mengurangkan sebahagian beban dalam membeli barangan keperluan bulanan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Namun, katanya, penerima bantuan itu perlu bijak dalam merancang perbelanjaan wang tersebut agar mereka memperoleh manfaat daripada objektif pemberian itu.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School (UPM) Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata keputusan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak kemasan botol antara lain adalah langkah untuk menghapuskan penyelewengan dan penyeludupan minyak masak tersebut.
"Kerajaan hapuskan subsidi itu kerana minyak masak botol itu mudah untuk orang menyeludup dan diseleweng kepada pihak tertentu kerana kuantitinya besar dan kemasannya yang tahan lasak berbanding minyak sawit plastik kuantiti yang kecil dan mudah pecah," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan harus peka mengenai jaminan bekalan minyak masak plastik sebanyak 60,000 tan metrik sebulan dan dapat dijual oleh peniaga kepada pengguna.
"Pengguna harus memainkan peranan dalam melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat kedai yang sentiasa tiada stok minyak masak manakala peniaga perlu berintegriti dalam menjual produk tersebut kepada golongan B40," katanya.
Ditanya mengenai mekanisme yang berkesan untuk menyalurkan bantuan tersebut, Ahmed Razman menyarankan agar bantuan berkenaan disalurkan dalam bentuk e-baucar seiiring era modenisasi dan transaksi yang dilakukan lebih telus.
"Apabila kita nak pastikan bantuan dan subsidi tersebut sampai kepada rakyat, penggunaan teknologi sedia ada boleh membantu. Sebagai contoh, kita ada aplikasi MySejahtera dan dahulu kerajaan telah memperkenalkan baucar buku 1Malaysia yakni baucar itu boleh beli buku sahaja.
"Jadi mungkin kita boleh gabungkan mekanisme ini untuk mengesan dan memberi bantuan dengan lebih bersasar dan apabila mereka pergi ke kedai mereka boleh beli minyak sawit dalam peket atau barang keperluan yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Keputusan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak kemasan botol antara lain adalah langkah untuk menghapuskan penyelewengan dan penyeludupan. - Gambar hiasan/REUTERS
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi
Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi.
Penyasaran subsidi T15: 'Saya bukan Robin Hood' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan dasar yang dilaksanakan bertujuan memastikan pengagihan subsidi dan bertindak adil dalam membantu golongan berpendapatan rendah.
Subsidi RON95: 'Kenapa dipertahan golongan mahakaya berbanding 85 peratus rakyat biasa?' – PM Anwar
Penyasaran subsidi minyak RON95 pada pertengahan 2025 demi manfaat kepada 85 peratus golongan bawahan, kata Perdana Menteri.
Belanjawan 2025: LKIM harap kerajaan teruskan inisiatif, bantuan kepada nelayan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap kerajaan dapat meneruskan inisiatif dan bantuan telah diberikan kepada nelayan sebelum ini dalam Belanjawan 2025.
Harga minyak: 'Tidak adil serang saya guna kenyataan 20 tahun lepas' - Anwar
Perdana Menteri berkata, kenyataan beliau dua dekad lepas berpandukan kepada keadaan pada waktu itu, yang sememangnya berbeza dengan sekarang.
Rasionalisasi subsidi bahan api perlu pendekatan terkini, dilaksana berperingkat - Kian Ming
Kerajaan dicadangkan untuk melihat pendekatan yang lebih terkini dalam merasionalisasikan program subsidi dan ia perlu dilaksanakan secara berperingkat.
PPIM desak kerajaan hapus subsidi bahan api, petroleum dan diesel
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api, petroleum dan diesel bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.
Pemansuhan subsidi minyak langkah pastikan lebih banyak bantuan bersasar - Pakar
Ia memberi manfaat kepada golongan rentan dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan.
Subsidi minyak: MAFI pertimbang beri semula kepada bot nelayan kelas C2 - Ronald
Sekiranya cadangan berkenaan dapat dilaksanakan, ia dapat memberi manfaat besar kepada kira-kira 500 pemain industri perikanan kelas C2.
Belum ada perancangan minta dividen tambahan dari Petronas untuk tampung subsidi - Tengku Zafrul
Setakat ini pendapatan negara, terutamanya dari komoditi, masih mencukupi untuk menampung subsidi sekitar RM70 bilion setahun.