Pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang tidak tertunai selepas satu tahun mentadbir negara.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, janji itu gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya ia dilaksanakan.
"Kita telah berjanji untuk menghapuskan tol tetapi kini kita sedar, sebelum ini apabila kita memutuskan untuk menghapuskan tol, kita tidak memahami kos.
"Tetapi sekarang kita menyedari bahawa untuk menghapuskan tol bermakna kerajaan perlu membeli semua lebuh raya dan itu melibatkan kos yang besar.
"Untuk PLUS sahaja, kerajaan perlu membayar RM30 bilion sebelum kerajaan boleh menghapuskan tol.
"Jadi persoalannya ialah adakah kita menggunakan RM30 bilion untuk itu atau kita menggunakan RM30 bilion untuk tujuan lain yang lebih penting?" katanya pada sidang media khas satu tahun Malaysia Baharu di pejabatnya di sini.
BACA: Jika hapus tol dan beli lebuhraya, kerajaan akan kurang wang - Tun M
BACA: Khazanah serah kepada PLUS soal penghapusan tol
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pemansuhan tol di tiga laluan motosikal dilihat sebagai satu langkah awal sebelum tol dimansuhkan sepenuhnya seperti dijanjikan kerajaan PH dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pemansuhan tol motosikal itu ialah di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor.
Bagaimanapun jelasnya, pelaksanaan memansuhkan tol sepenuhnya itu tidak dapat dilakukan dalam kadar segera kerana keadaan negara kini yang dibebani dengan masalah kewangan.
Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan kerajaan memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisma kutipan tol, membabitkan empat lebuh raya berkenaan.
Dengan pengambilalihan itu, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada, dan sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan iaitu kadar yang sama dengan kadar tol semasa pada waktu puncak selama enam jam sehari.
Kadar tol akan dihapuskan pada luar waktu puncak yang dicadangkan antara jam 11 malam dan 5 pagi.
Wan Syamsul Amly, Amirah Shariffudin
Wed May 08 2019

Dr Mahathir berkata, janji pemansuhan tol gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya isu itu dilaksanakan. - Gambar BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.