KUALA LUMPUR: Pemantapan kerangka insurans sosial negara tidak hanya berasaskan pekerjaan sebaliknya turut meliputi pembangunan individu dan negara secara lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) hari ini, berkata langkah itu sekali gus dapat membawa kepada anjakan daripada pendekatan bantuan sosial yang berasaskan kebajikan kepada perlindungan risiko mengikut kitaran hidup rakyat Malaysia.
"Insya-Allah, jaringan keselamatan sosial negara dapat terus diperkukuh dan diperluas serta dirasai dan dinikmati oleh rakyat yang berhak ke atasnya," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.
Perdana Menteri berkata mesyuarat itu membincangkan strategi pengukuhan program insurans sosial sebagai persediaan Malaysia mendepani risiko negara tua.
Beliau berkata menjelang tahun 2030, Malaysia bakal menuju ke arah negara tua dan situasi ini berpotensi meletakkan sebahagian rakyat terutama golongan warga emas terdedah kepada pelbagai risiko antaranya kemiskinan, masalah kesihatan dan perubatan, kekurangan simpanan persaraan serta penurunan produktiviti tenaga buruh yang boleh menimbulkan implikasi kritikal terhadap prospek fiskal negara.
Menerusi hantaran berasingan, Perdana Menteri berkata hari ini beliau turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diketuai Presidennya, Norsyahrin Hamidon.
Pada pertemuan itu, Anwar berkata beliau menegaskan bahawa kepentingan perniagaan Bumiputera perlu didasari dengan prinsip keusahawanan yang tulen.
Beliau berkata kesempatan itu juga digunakan untuk mendengar cabaran dan situasi semasa yang dibangkitkan oleh usahawan Melayu.
"Insya-Allah, perkara-perkara ini akan diteliti agar penyelesaian kepada isu-isu pokok dapat direncanakan," katanya sambil menambah DPMM yang ditubuh pada 1938 mempunyai visi sebagai wadah perjuangan ekonomi dan maruah bangsa Melayu serta Bumiputera.
DPMM kini berdiri kukuh dengan jumlah keahlian mencecah sejuta orang melalui 15 cawangan dan beberapa gabungan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Anwar berkata mesyuarat itu membincangkan strategi pengukuhan program insurans sosial sebagai persediaan Malaysia mendepani risiko negara tua. - Gambar FB Anwar Ibrahim

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
KKDW gariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini.

Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.

Mencari golongan ‘miskin’ dan ‘kelas pertengahan’ di Malaysia
Kerajaan telah lama memberi tumpuan kepada pembentukan kelas pertengahan yang kukuh kerana peranannya yang penting dalam memacu pembangunan ekonomi.

NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.

Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.

Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus.

Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.

Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.