KUALA LUMPUR: Pemasangan pagar besi di sekeliling Padang Merbok di sini merupakan sebahagian daripada kaedah penyelenggaraan dan penjagaan padang di kawasan berkenaan bagi memastikan ia sentiasa dalam kondisi terbaik serta boleh digunakan secara optimum.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata penggunaan padang tanpa kawalan dan sistem teratur sebelum ini mengakibatkan kawasan hijau itu sering rosak, sekali gus menelan kos baik pulih dan naik taraf yang tinggi.
"Dengan pagar itu saya yakin penjagaan padang akan lebih sempurna dan terkawal, dan sesiapa saja boleh membuat booking (tempahan) untuk menggunakan padang.
"Orang nak masuk pun kita boleh uruskan dengan baik, ada giliran, kalau padang tu rosak kita tutup sekejap, baiki dan selenggara sebelum dibuka balik, saya rasa ia akan lebih terkawal dan terjamin," katanya kepada Bernama malam tadi.
Semalam (6 Ogos), media melaporkan dua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan mempersoal dan meminta penjelasan DBKL berkenaan tindakan mendirikan pagar berstruktur kekal setinggi sekitar lima kaki (1.5 meter) di sekeliling padang itu, dan menyifatkan perkara itu sebagai menghantar isyarat salah kepada warga kota.
Antara yang dipersoal termasuk pagar berkenaan dilihat menghalang warga kota menggunakan kemudahan awam untuk berekreasi selain menghalang daripada berkumpul sebelum berjalan ke bangunan parlimen bagi menghantar memorandum atau melalui protes.
Mengulas lanjut, Mahadi berkata orang ramai masih dibenarkan menggunakan padang itu dengan kebenaran secara berjadual dan pendekatan serupa juga pernah dilaksanakan di beberapa kawasan lain bagi tujuan sama.
Tambahnya padang berkenaan yang juga mengalami isu saliran, masih menjalani kerja-kerja naik taraf dan belum dibuka kepada orang ramai.
Terdahulu Mahadi merasmikan Majlis Penutup dan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau DBKL Home Cup 2022 di Stadium Kuala Lumpur.
Mahadi berkata kejohanan julung kali itu bertujuan menghidupkan aktiviti sukan di kawasan PA dan PR selain menjadi medium penduduk menonjolkan bakat bola sepak untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Katanya program yang bermula 16 Julai lepas itu akan menjadi acara tahunan dan diharap dapat menarik minat golongan muda di kawasan berkenaan ke arah gaya hidup lebih positif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022

Mahadi berkata, walaupun terdapat pagar berstruktur kekal di keliling padang itu, orang ramai masih dibenarkan menggunakan Padang Merbok dengan kebenaran secara berjadual. - Gambar fail/BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Murid dikurung: Bapa terima penjelasan sekolah
Bapa kepada murid tahun satu yang dikurung dalam sebuah ruangan pagar besi seperti yang tular dalam laman sosial telah menerima penjelasan guru terlibat dengan baik dan memaafkannya.

Pengawal keselamatan maut tersepit pagar automatik
Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan maut selepas tersepit pada pagar automatik sebuah gudang perkasas besi di Jalan Sri Purnama 5, di sini, pada Khamis malam.

Pemasangan pagar di Padang Merbok antara kaedah penyelenggaraan - Datuk Bandar
Penggunaan padang tanpa kawalan dan sistem teratur sebelum ini mengakibatkan kawasan hijau itu sering rosak.

DBKL buka pagar besi di Bazar Aidilfitri Lorong TAR
DBKL akan menyediakan lima pintu masuk ke bazar berkenaan dengan kawalan penguatkuasaan serta keselamatan.

Kanak-kanak tiga tahun cedera ditimpa pagar besi
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera selepas ditimpa sebuah pagar besi.